Kadang-kadang terasa terlalu penat

untuk terus melangkah

Untuk terus bertabah

Hanya untuk mencari redha Allah

Kerja baik rupanya tidaklah mudah

Cemburu dan iri hati

Dengki dan sakit hati

Rupa-rupanya seolah sebati

dalam pejuangan seperti ini ...


Bangsaku terlalu jauh dengan nilai murni

Hidup mendongak mengejar kegembiraan sendiri

Membiarkan saja jasad dan roh disebelah kanan dan kiri

Untuk apa diambil kisah hal orang itu dan ini

Akhirnya adab dan biadap tidak dikenal erti

Bangsaku ramai yang bijak

Yang bijak itu ramai juga penyanggak

Jika ada yang baik-baik atau cuba berbuat baik

Atau mengajak jom jadi orang baik-baik

Akan dipijak-pijak

Dilanyak-lanyak ...


Dicanangkan segala perbezaan dan khilaf

Ditelanjangkan segala kelemahan sampai ke urat saraf


Yang baik tidak dirai

yang nyata sebat sana sini disanjungi


Mungkin inilah sunnah para nabi ...

Diancam dan dikeji

Tabahlah hati ...


InsyaAllah ...

Kau tidak bersendiri ...


C n P


Hidangan dan Cara Hidangan

Fasa 1. Masyarakat Mekah hanya satu bangsa sahaja mendominasi, iaitu Arab, dan satu agama yang mendominasi, iaitu menyembah berhala, tetapi Islam sukar diterima.

Fasa 2. Masyarakat Madinah pula cukup majmuk, iaitu bangsanya pelbagai, ada Arab, ada Parsi, ada Bani Israel; dan agamanya juga pelbagai, bukan sembah berhala sahaja, malah ada agama Yahudi dan Nasrani.

Di peringkat awal, Nabi S.A.W tidak diterima di Mekah, tetapi diterima di Madinah.

Isunya apa? Pada Islam, atau pada cara kita menampilkan Islam?

Bicara tentang ISLAM bagi umat yang adil ini seharusnya tidak memisahkan antara wasilah (jalan) dan ghayah (matlamat)


Senang diucap sukar ditegak


Aku, Anak dan Sekolah

 Abah2.. Adi dpt tawaran ke SBPX. Sekolah terbaik tu abah.. Hmmm, tahniah! abah bangga..


Sekolah terbaik adalah 'sekolah kehidupan' . Sekolah ini membentuk kita menjadi manusia melalui program khasnya iaitu pengalaman hidup yg merupakan guru terbaik dlm kehidupan kita. Sekolah itu tertua di dunia. Seusai kita menamatkan pengajian di mana2 sekolah atau universiti tersohor, sama ada gagal atau berjaya kita akan terus bersekolah di sekolah tertua ini, selagi hayat dikandung badan. Abah dan umi sentiasa bersama anakanda dlm melakar gemilang masa depan dan anakanda semestinya secara konsisten berusaha dan bersemangat ke destinasi itu.

So abah fikir adi kekal je kat sekolah sekarang. Insan hebat di mana2 pun kekal hebat๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช













Sejuta Rasa

 Sedih, kecewa, gelisah, risau, gundah, kacau...

Mmg episod itu tak boleh kita elak.
Jalan terus, tekad dan nekad
Jgn pisahkan dunia dengan akhirat.. Itu sekular☺️☺️☺️
Sekularisme juga memisahkan di antara doa dan tawakal dengan usaha.
Masa lalu tak boleh diubah, pun begitu masa depan tidak boleh diramal.
Kita masih ada hari ini, detik dan ketika ini utk ditempuhi dengan sebaiknya bg melakar ketenangan dalam hidup.




Aku dan Isteriku

Sains Bab 1 : Berkenalan Dengan Mikroorganisma

 

1.1 Pengelasan Mikroorganisma


Mikroorganisma...hehehe apa ye...macam pernah dengar je...๐Ÿ‰organisma bersaiz seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Hmmm, Cik Kiah cakap ada 5 kumpulan mikroorganisma nih...baik aku gi tanya jap...

Cik Kiah...huhuhu...ingatkan nak ajak gi melawat Langkawi...Hampeh sungguh bebudak ni....๐Ÿ‘€๐Ÿ‘ฝ๐Ÿ‘€


1. Bakteria
2. Kulat
3. Virus
4. Alga
5. Protozoa

Bakpo Cikgu Tak lukih...mudoh sikit nok pehe...๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช


Mikroorganisma dikelaskan kpd kumpulan masing2 berdasarkan saiz, bentuk, kaedah pembiakan, habitat, cara pemakanan.....ooooo gitu yakkk


BAKTERIA
pandanglah lihatlah wajahku yang ayu...


Semoga kamu jatuh cinta dengan sifat2 anggun diriku..



Hai...selamat berkenalan


bakteria dan virus
Macam tak best je video ni...huhuhu..layan lagu jap...cg mat bukan tau...๐Ÿ’†

kan senang sikit rasanya...

baru semangat..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Kulat or fungi pulop...

nah videonya...kulat

Protozoa pulop deh...huhuhu

hai...sayalah protozoa yg sado
 
saya pun punyai ciri-ciri yang menawan tau
berbujur sirih raut mukaku, sekarang dah bulat maklumlaaa...PKP...asyik menelan aje

Virus...aku paling top sekarang..hehehe

virus






last baru turn aku..hampureh betul๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜ˆ
ALGA...



ALGA

















Tiada Undangan


 

Terasa meski tidak ingin merasa. Terfikirkan tanpa berniat memikirkan. Terkenang meski tidak mengenang. Terjadi tanpa pernah menjadi.

Ahhh!!!! Sesekali...Layan ajelah kan..



Palsu

 Sahabat yang selalu mengingatkan bantuannya kepadamu, itu teman palsu. Seboleh mungkin, hindarilah. 







Satu-satunya keperluan dalam hidup adalah setia dan jujur kepada diri sendiri. 
Berhati-hati dalam memilih. Cari pasangan yang jujur ​​dan menghargai kita. Tidak ada gunanya memilih pasangan yang kata-katanya manis, tetapi semuanya palsu.

Topikal Sains Tingkatan 5

 




Latihan Topikal Sains Bab 1 : Tingkatan 5

            1.

            2

3

                  4.
                5.
            6.

            7.

            8.
            9.
            10.