☪️❤️😱 LELAKI TUA, ILMU & PENGALAMAN HIDUP 😭💚🌻


SEORANG lelaki tua berilmu ditanya, apakah yang beliau pelajari daripada usianya yang telah berlalu❓ 


Beliau menjawab:

"Aku belajar...

Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan...


Aku belajar...

Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya...


Aku belajar...

Bahawa anak panah malam (doa & tahajjud) tidak pernah tersasar...


Aku belajar...

Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka...


Aku belajar...

Bahawa kata² yg baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia...


Aku belajar...

Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan...


Aku belajar...

Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis...


Aku belajar...

Siapa yang mahu kata-katanya didengari, maka perlu bersedia mendengar daripada orang lain...


Aku belajar...

Bahawa bermusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia...


Aku belajar...

Orang yang sering berkata: (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam...


Aku belajar...

Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat...


Aku belajar...

Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yg tidak sempat dilaksanakan...


Aku belajar...

Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'...


Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk menikmati 'mati besar'❓"


Lelaki tua itu meneruskan;


"Aku hairan manusia yang sering memikirkan tentang makanan lazat yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak pernah memikirkan tentang dosa yang boleh menghumbankan dirinya ke dalam  Neraka❗"


✅💚 Fikir-fikirkanlah. Semoga bermanfaat❗Aamiin.


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

 Sekiranya dunia dan seluruh isinya diberikan kepada manusia, masih tidak lagi 

dapat membendung hajat hatinya.


Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali 

berlindung, dan berjumpa denganNya


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang 

kecuali seronok mengenali Allah SWT.


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai 

kecuali menerima kehendak Allah SWT.


Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak 

dengan dengan Allah SWT.


Di dalam hati manusia ada penyesalan yang idak akan padam kecuali redha 

dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta 

senantiasa sabar sehingga menemuiNya.


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima 

kehendak Allah swt.