Membuka catatan lama

Sifat patuh, akur, taat secara total kepada pemimpin dan jemaah dipasak masuk dalam benak kepala pengikut sebagai arahan kudus dan wajib dipatuhi. Jika gagal untuk bersama pemimpin dan jemaah maka bersiaplah untuk dikategorikan sebagai orang yang bermasalah dari segi iman dan akidah. 

Maka jampi mantera mereka ialah akur kepada pemimpin atas nama perjuangan Islam... dan lucunya kalau mengingatkan sedikit zaman belajar universiti dahulu sekitar tahun 1988/1995 dulu, pengikut-pengikut dalam kalangan kaum perempuan yang ada rupa pasti menjadi milik naqib (pemimpin)...dan sehingga sekarang pemimpin mereka memang meminati kaum tersebut...sunnah kata mereka hehehehe 

Adakah ahli kehilangan daya fikir atau mereka kumpulan yang mandul otak atau mungkin telah memajakan otak mereka kepada pemimpin mereka?..Aku tak ada jawapan tuntas untuk itu. 

Mereka cuma menerima masuk apa sahaja dari pemimpin mereka. Kebenaran bagi mereka hanya satu, iaitu kebenaran hanya dari puak mereka.....hehehe... Tohmahan aku kata mereka.

Mereka mendakwa jemaah mereka tertua di negara ini, maka pilihan umat Islam hanya kepada jemaah mereka, dan haram bersama jemaah lain... itu situasi yang aku perhatikan semasa belajar dulu, tapi tiada kajian yang sah untuk aku mendakwa ia sebagai benar. Sekadar pemerhatian skala individu kecil yang tiada apa-apa status pun. 

Sebagai contoh untuk berkenalan dengan kaum hawa mereka pun, anda mesti dalam kalangan mereka....dengan penampilan seperti berbaju kemeja tidak dimasukkan ke dalam seluar, berseluar slack, jika berkupiah satu kelebihan, selalu berada di markas atas alasan usrah dan gerak kerja siswa.

Menghadiri tamrin penyucian cara berfikir adalah wajib, jika tiada ciri-ciri tersebut jangan harap nak bina baiti jannati dengan ahli mereka...lupakan sahaja...huhuhuhu 

Jangan harap...hahaha 

Aku pula dengan penampilan berseluar jean, t-shirt rock kapak, kasut hi-cut, maka mmm... memang  tak ada harapan langsung.. 

Lagi satu, hanya tafsiran Islam jemaah mereka yang benar lagi tepat. 

Aku menyampah giler, tapi ye la kawan-kawan serumah, layan je lah, yang penting tidak bermasam muka, masih makan dan lepak sama-sama walaupun corak berfikir aku berbeza dengan mereka. Malas nak bergaduh apatah bertengkar. Diam lebih baik. mengiyakan pun tidak, tidak pun tidak....demi hubungan persahabatan. Cuma sejak akhir-akhir ini aku banyak juga aku suarakan rasa tidak senang aku dengan corak  dan gaya seperti itu maka akibatnya hubungan sedikit renggang. mmmm

Sebarang penyimpangan, berbeza pendapat, mengkritik  jemaah idola mereka maka dikira penentang Islam, musuh, khadam, macai, munafik, keluar jemaah muslimin dan boleh jadi kafir...aduh...hehehehe...

Tapi aku masih seperti yang dulu...hahaha