Amanah : Antara Kemuliaan dan Berat Tanggungjawab

 Kriteria amanah sangat penting bagi sesiapa yang diberi tanggungjawab memimpin negara. Sifat amanah berupaya melindungi pemimpin atau sesiapa juga yang memegang jawatan untuk menjalankan tugas dengan baik, berkredibiliti, jauh dari korupsi dan salah guna kuasa yang banyak menimpa penguasa politik

Maka, amat berat dan sangat mulia beban manusia apabila dianugerahkan hidup di dunia ini. Pemimpin memerlukan kemampuan dan pengurusan bukan semata-mata soal warak …

Bukankah Nabi sendiri telah memilih untuk tidak menyerahkan sebarang jawatan kepada Abu Zar. Malah sabda Nabi kepada Abu Zar, jawatan itu suatu penyesalan di akhirat nanti. Cuba kita tanya mereka adakah Nabi s.a.w. tidak masuk syurga kerana tidak melantik Abu Zar yang masyhur bertakwa atau tidak memilih mereka yang warak dan zuhud. Tidak ada orang yang warak dan zuhud seperti Abu Zar hari ini.

Oleh itu janganlah mudah terkeliru dengan dakwaan yang kononnya undi kumpulan mereka akan ke syurga tetapi melantik kumpulan lain bakal terhumban ke neraka.



Jangan Diremehkan

Hidup ini untuk Tuhan, maka biarlah kebaikan terus berjalan.

Boleh jadi ketika kita tidur, pintu² langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untuk kita, dari seorang fakir yang pernah kita tolong

Atau dari orang kelaparan yang telah kita beri makan,

Atau dari seorang sedih yang telah kita bahagiakan.

Atau dari seorang kesusahan yang telah kita lapangkan. Maka janganlah kita sekali² meremehkan sebuah kebaikan.

Nukilan Ibnu Qayyim


Peluang keemasan dan kesempatan yang kita cari ada dalam diri kita. 



Seruan Damai

Aku sering mengangankan suatu masyarakat yang matang, dengan maksud boleh berlapang dada, tidak beremosi melulu dengan perbezaan pendapat, tiada caci maki, kata² hinaan, tuduhan jahat dan lain-lain yang mendamaikan jiwa.

Mengharmonikan suasana.

Meraikan sesama kita.

Akan tetapi apa boleh buat, itu sangat sukar. Jauh lebih mudah mengubah gunung menjadi debu drpd menanam cinta di hati yang dipenuhi kebencian.

Damai dimulai dengan senyuman.

Damai yang adil...Mungkinkah?