Kita kadang-kala mengaku berakidah tauhid namum tidak berkemanusiaan.
UMMAH
Ummah terlalu luas untuk dikecilkan kepada satu jemaah sahaja.
Antara gagasan universal al-quran ialah kebersamaan, kehormatan, dan persaudaraan umat manusia (tiada kaitan dgn perpaduan ummah pernah dan rancak digembar-gemburkan dan sekarang telah lebur).
Jadi integriti manusia dalam satu perasaan kesatuan tanpa memandang ras, warna kulit, pangkat, jabatan, dan status sosialnya yg lain.
Sepanjang pengetahuan aku yang
terbatas ini, aku faham bahawa
sesuatu perjuangan itu, walau apa pun namanya, hatta perjuangan yg memakai nama
paling murni suci sekalipun, tetapi sekiranya mengambil pendirian membela atau mempertahankan seseorang yg bersalah
semata² kerana sentimen kelompok, puak, parti adalah merupakan perjuangan
berunsur asabiyyah.
Bersatulah...
Perpaduan yang dibina di atas landasan tauhid meleburkan sentimen kesukuan, kepuakan, kepartian. Kita sewajarnya mempertahankannya sedaya yang mungkin. Bakul sampahkan asabiyyah kesukuan, kepartian yang semakin subur.
ADAB
Meneliti kitab imam Al-Ghazali, beliau membuka pendahuluan kitabnya dengan adab-adab. Kenapa ye? Kerana Rasulullah s.a.w mengajar kita adab, memperadabkan sesuatu.
Membaca Alam
Seluruh alam ini ialah tanda untuk kita membaca, sarana
untuk memperolehi ilmu bagi mendekatkan kepada Allah s.w.t, Maha Pencipta. Alam
ini adalah ilmu atau alamat atau petanda
untuk memperolehi ilmu. Gunung-ganang, hutan belantara, langit yang terbentang
adalah ayat yang perlu kita baca.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana
ia dihamparkan?" (Surah
al-Ghashiyah, ayat 17-20)
First Thing First
Tuan² yang dikasihi
Bekerjalah
وَاَنْ لَّيْسَ لِلْاِنْسَانِ اِلَّا مَا سَعٰىۙ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
QS. An-Najm Ayat 39
"Ittasifu bi sifat ilahi"
Pesan guru yg sering terabai
Notes for tough day
"Ketahuilah, bersabar atas sesuatu yg kita benci terdapat banyak kebaikan."
"Pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan datang setelah kesempitan dan kemudahan datang setelah kesulitan"














