Iqra'

Seruan pertama Junjungan kita, Nabi S.A.W.

Kita bagaimana menyahut titah Baginda?

Dalam banyak hal nampaknya sistem pelajaran kita hanya berkisar untuk membekalkan tenaga kerja, bukannya untuk menghasilkan pelajar yang berpendidikan.

Sehinggakan ramai dalam kalangan pelajar tidak suka membaca, jika pun membaca tidak lebih hanya kepada apa yang dipelajari dalam kelas.

Sedangkan amalan membaca menuntut kita bersungguh-sungguh dan berfikir meneliti sehingga kita faham dan meneliti, tetapi sifat malas kita lebih manis dari madu.

Prof. Dr Yusuf Qaradhawi.



Denyut Nadi Kita Manusia

Mengamalkan ilmu bukannya setakat kita benar-benar tahu, faham dan mampu menjadikan ilmu sebagai asas tindakan dan keputusan kita.

Kita juga perlu jujur kepada ilmu dan berani menanggung risiko tindakan berdasarkan ilmu kita.

Pendidikan yang benar merupakan roh kehidupan dan ilmu adalah darah segar sesebuah negara.
Sungguh tolol dan kejam jika pendidikan hanya berhasrat untuk melahirkan yang terbaik dan pada masa yang sama tidak memberi tempat kepada mereka yang gagal.



Kejayaan, bukan titik akhir

Tahniah anak-anak.

Tampil bergaya di persada kebangsaan walaupun tidak di podium tertinggi, sekadar meraih perak dan gangsa.

Cikgu tumpang berbangga.



Langkah Bermula

Perjalanan masih jauh anakanda.

Mulakan dengan lapang dada, dengan cinta.

Cinta bukan hanya kata- kata.

Cinta adalah kata kerja.

Umi dan abah sentiasa ada.

Jadikan akal raja yang berkuasa dalam diri.

Akal menghadkan kebebasan

Hawa ingin merdeka dari segala hal





Ikat akal

Dalam akal ada fikir, kemahuan dan perasaan.

Panca indera yang lima anugerah Allah untuk 'menangkap' segala yang maujud di sekeling kita bagi dibawa masuk ke dalam kotak fikir.

Kotak fikir membuahkan kemahuan menyelidiki, Apa? Kenapa? Bagaimana?

Jawapan yang terbit membuahkan rasa. Seronok, gembira, puas hati, sakit atau sedih bahkan pelbagai rasa terbit.

Dengan kesepaduan fikir, mahu dan rasa dalam akal mengikat manusia daripada terus mengikuti hawa nafsu.





Bangun

Kita manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 

Cuma kewajiban kita ialah mengingati di mana kita silap dan lantaran kerana apa kita jatuh? 

dan perbaikilah.

Gerak geri dalam sopan.

Duduk tegak dalam adab.

Fikir dulu baru buat.

Jangan main redah kelak padah.

Bukan hidup sebarang hidup.

Babi di hutan juga hidup tetapi dari harta orang.

Anjing di kampung juga hidup tetapi dari lebih-lebih tulang.

Kucing di rumah juga hidup tetapi hidup memakan sisa.

Hidup insan lain, berbeza.

Lazat akal sempurna rasa

Mulia hati lautan fahaman, penuh melaut kira-kira.




Destinasi

Pendidikan 

Menghidupkan hati supaya tidak mati

Memperbaikan hati supaya tidak rosak.

Memperhalusinya supaya tidak kasar dan keras. tidak mahu menerima kebenaran

Kekerasan hati diperlihatkan dengan tidak sensitif bahkan mengambil kesempatan dan memanipulasikan kesengsaraan orang lain bagi meraih laba diri dan puak.

Jauh sekali untuk untuk sama-sama menangis melihat bencana menimpa manusia.

Kemanusian hilang.

Keimanan sekadar slogan kosong tanpa makna. 




Menggilap Iman

 

Iman dalam islam meliputi pengetahuan, perasaan jiwa rasa bertuhan, dengan kemurnian hati dan bersih tindakan, serta ketekunan beribadat. Kekal atas kebenaran dan disertai kreativiti dalam menyebarkan kebenaran dan kebaikan  demi membimbing manusia ke jalan yang benar.

Iman mengabungkan falsafah*, kesufian dan kezahidan.

*Suatu punca ilmu yang mana dengannya akan melahirkan pemikiran- pemikiran baru yang tidak lari dari tujuan atau makna asal kehidupan insan. Ianya berlaku melalui cara berfikir dan merangkumi logik akal yang menyeluruh dan tiada sempadan tetapi lengkap dari segenap bahagian, juga mencakupi disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran umum dan asas melalui pengamatan dan penyelesaian masalah yang mendasar dan umum tentang persoalan seperti keberadaanpengetahuannilaiakalfikiran dan bahasa.

Iman mewarnai kehidupan di masjid, di rumah dan dalam masyarakat, ketika sendirian atau di khalayak, siang dan malam dalam urusan dunia dan amalan akhirat berpaksikan Rabbani.

Hati dan tindakan yang sentiasa berhubung dengan Allah, meyakini pertemuan denganNya, takut dengan azabNya, berharap dengan rahmatNya.




Pendidikan

Nabi Adam A.S diangkat menjadi khalifah Allah berbanding malaikat . 

Baginda diberikan keupayaan untuk meningkatkan kehidupannya dengan ilmu pengetahuan mengatasi ilmu para malaikat.

Cabaran bagi meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah adalah dapat disempurnakan melalui ilmu dan ibadah. Pendidikan yang benar merupakan roh kehidupan dan ilmu adalah darah segar seseorang juga sesebuah negara.

Pendidikan mendorong usaha dan tindakan. 



Integriti Yang Hilang

Menterjemahkan hafiz al-alim. Amanah dan berpengetahuan.

Berintegriti dan profesional. 

Ini karektor Nabi Yusuf A.S.

 إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Ayat 55 ini, Nabi Yusuf a.s tawarkan diri untuk menjadi menteri kewangan.

Baginda mempunyai ciri hafiz dan alim.

Dan hari ini masalah integriti adalah punca masalah terbesar dan punca berlakunya perilaku korup dan korupsi. 

Negara pada umumnya tidak akan hancur akibat bencana atau berbeza akan tetapi disebabkan oleh kebejatan moral dan perilaku korupsi. Laporan Audit Negara melaporkan sejumlah wang bernilai RM 620 juta lesap kerana salah urus atau bahasa mudahnya pecah amanah berlaku pada tahun 2020.

RM620 juta itu wang siapa?

Wang rakyat

Petani

Penternak

suri rumah

Buruh....



Pendidikan Kealaman

Menghayati peribahasa tentang alam oleh orang-orang Melayu lama, sungguh cukup mengakar dan membentuk tradisi bangsa kita.

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut, menjadi pulau,

Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan,

Daun keladi dimandikan

Ulat lupakan daun

Indah dan menarik serta mendalam maknanya.

Kata-kata pusaka nenek moyang kita….”alam terkembang dijadikan guru

Ini semua memberi makna kepada generasi hari ini bahawa nenek moyang kita amat teliti dalam memerhati. Mereka belajar dari alam. Banyak pengajaran dari alam ini.

Nenek moyang kita melihat, memerhati dan berfikir. Mereka tidak belajar tinggi-tinggi namum sambil menuai padi di bendang mereka belajar resminya padi, semakin berisi semakin tunduk merendah diri.

Mereka belajar dari alam. Bukankah alam ini ayat-ayat (tanda-tanda) Tuhan kita? Hanya orang-orang berilmu mampu mengambil hikmah dan pengajaran dari alam ini.

Alam ini sumber ilmu bagi mereka yang berfikir. Banyak rahsia alam ini.

Terlihat pada diri penuh keajaiban dan keindahan yang tak terungkap dengan kata bagi golongan yang berakal.