Aidil Adha

Kesanggupan, keberanian dan kesediaan kita  tanpa sebarang paksaan adalah ciri-ciri yang menjelaskan maksud pengorbanan

Menjadi sukar  dan amat payah bagi kita berkorban  demi kepentingan orang lain jika kita terlalu mencintai sesuatu yang kita miliki. Cinta penuh dengan rintangan.Cinta juga melahirkan pengorbanan. Pengorbanan yang tulus membuahkan kejayaan

Kejayaan bukanlah kebetulan. Bahkan ia kerja keras, kegigihan, pengorbanan, dan yang jauh lebih utama adalah, cintailah apa yang kita lakukan dan atau belajar untuk melakukan.

Pengorbanan bukan untuk meraih pujian, sanjungan manusia, tetapi demi mendapat pengiktirafan di sisi Allah SWT.

Wang ringgit, harta, tenaga, masa serta meninggalkan suami/isteri dan anak-anak yang dikasihi bahkan seluruh jiwa raga dikorbankan demi mengharapkan keredaan Allah SWT  bagi menyempurnakan ibadat haji yang menjadi simbol penyerahan diri kepadaNya

Pun begitu  keikhlasan adalah sifat paling utama dalam ibadat yang dilakukan.

Berbicara mengenai ibadat korban  sempena Aidiladhai, meskipun daging itu tidak sampai kepada Allah SWT, apa yang dimahukan setiap umat Islam adalah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ibadat sembelihan yang dilakukan tidak memberi sebarang makna bagi Allah SWT. Malah, Allah SWT tidak memerlukan apa-apa pun daripada hamba-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

“Ibadah Korban dalam amalan orang Melayu sempena Aidil Adha mengambil beberapa bahagian biatang ternakan semasa sembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kerbau

Sedang korban berasal daripada perkataan bahasa Arab membawa makna dekat. yang memberi maksud amalan zikir, solat, haji, selawat, puasa, sedekah dan lain-lain yang dilakukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,

Kita mungkin berasa berpuas hati dengan ibadat korban yang dilakukan kerana sudah memenuhi tuntutan Islam dan tidak perlu lagi bersusah payah kerana agama.

Kita berkorban bermaksud melakukan ibadat sembelihan sebagai manifestasi kita bersungguh-sungguh memperjuangkan agama. Namum begitu  tidak semestinya apabila sudah melakukan ibadat sembelihan, bermakna kita sudah berhabisan memperjuangkan Islam.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan kegigihan dan ketabahan. Kehidupan yang indah tidak terjadi begitu saja, melainkan dengan doa, kerja keras, pengorbanan dan cinta.

 

Kalau masih lagi belum terkorban masa, tenaga dan sebagainya, ia belum lagi dikira berjuang. Ia mungkin bersedekah, tetapi belum masuk kategori berjuang. Orang yang berjuang pasti terkorban harta kerana banyak menghabiskan harta sehingga tidak sempat kaya, tetapi tidaklah sampai melarat.

 



Ikhlas

Apa pun yang kita buat, iringinya dengan ikhlas. Semua itu dari dalam diri. Insya-Allah  'keberkatan' dalam hidup akan dituai dan dinikmati. Justeru, kita buat betul-betul dan bersungguh-sungguh.

Memberi kepuasan kepada semua orang adalah mustahil, tetapi kita mampu memberi kepuasan kepada mereka yang berakal dan beradab. 

Setiap detik perjalanan kehidupan sama ada payau, tawar, manis, masin , kelat mahu pun seribu satu rasa ia adalah ibrah dan pengajaran. Hari ini rasanya pahit, sedih, terluka kecewa, serta hambar tetapi mungkin pada masa akan datang detik itu adalah saat yang paling manis, bahagia bagi kita selepas berjaya merentasinya.




Keberkatan Pagi

  • Segar

  •  

    • Rezeki

Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai.

Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Waspada

Berhati-hatilah apabila kebaikan yg kita peroleh bersama maksiat yg terus kita lakukan. Berhati-hati dan waspada kerana boleh jadi itu adalah awal kemusnahan dan kehancuran kita secara perlahan²

Semua perkara yg kita miliki adalah bermanfaat apabila milikan kita membawa dan membuatkan kita semakin akur, patuh dan taat kepada Allah


 


Kembara

Hidup ini satu kembara. Kembara mencari redha Allah. Usah lelah. Dan di sini kembara kita bermula.

Rancang hidup kita. Ada mehnah, usaha cari jalan keluar, bukan sekadar sabar, upgrade sabar kita, sabar yang dinamik.

Hidup Pilihan

Mat, walaupun kita ni sokmo2 kena sental💣 dek sesiapa pun, jiwa kena kental💪💪, jgn mudah koyak, hati jangan tisu sangat😢😢😢. Ingat hidup kita ni tidak ditentukan oleh hinaan, cacian. makian orang lain walau sebesar hama sekalipun. Pekakkan telinga, tutup mulut, move on, dongibab.

Jangan ragu apatah rapuh keyakinan pd diri sendiri...itu semua perosak, racun berbisa ...