Aidil Adha

Kesanggupan, keberanian dan kesediaan kita  tanpa sebarang paksaan adalah ciri-ciri yang menjelaskan maksud pengorbanan

Menjadi sukar  dan amat payah bagi kita berkorban  demi kepentingan orang lain jika kita terlalu mencintai sesuatu yang kita miliki. Cinta penuh dengan rintangan.Cinta juga melahirkan pengorbanan. Pengorbanan yang tulus membuahkan kejayaan

Kejayaan bukanlah kebetulan. Bahkan ia kerja keras, kegigihan, pengorbanan, dan yang jauh lebih utama adalah, cintailah apa yang kita lakukan dan atau belajar untuk melakukan.

Pengorbanan bukan untuk meraih pujian, sanjungan manusia, tetapi demi mendapat pengiktirafan di sisi Allah SWT.

Wang ringgit, harta, tenaga, masa serta meninggalkan suami/isteri dan anak-anak yang dikasihi bahkan seluruh jiwa raga dikorbankan demi mengharapkan keredaan Allah SWT  bagi menyempurnakan ibadat haji yang menjadi simbol penyerahan diri kepadaNya

Pun begitu  keikhlasan adalah sifat paling utama dalam ibadat yang dilakukan.

Berbicara mengenai ibadat korban  sempena Aidiladhai, meskipun daging itu tidak sampai kepada Allah SWT, apa yang dimahukan setiap umat Islam adalah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ibadat sembelihan yang dilakukan tidak memberi sebarang makna bagi Allah SWT. Malah, Allah SWT tidak memerlukan apa-apa pun daripada hamba-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

“Ibadah Korban dalam amalan orang Melayu sempena Aidil Adha mengambil beberapa bahagian biatang ternakan semasa sembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kerbau

Sedang korban berasal daripada perkataan bahasa Arab membawa makna dekat. yang memberi maksud amalan zikir, solat, haji, selawat, puasa, sedekah dan lain-lain yang dilakukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,

Kita mungkin berasa berpuas hati dengan ibadat korban yang dilakukan kerana sudah memenuhi tuntutan Islam dan tidak perlu lagi bersusah payah kerana agama.

Kita berkorban bermaksud melakukan ibadat sembelihan sebagai manifestasi kita bersungguh-sungguh memperjuangkan agama. Namum begitu  tidak semestinya apabila sudah melakukan ibadat sembelihan, bermakna kita sudah berhabisan memperjuangkan Islam.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan kegigihan dan ketabahan. Kehidupan yang indah tidak terjadi begitu saja, melainkan dengan doa, kerja keras, pengorbanan dan cinta.

 

Kalau masih lagi belum terkorban masa, tenaga dan sebagainya, ia belum lagi dikira berjuang. Ia mungkin bersedekah, tetapi belum masuk kategori berjuang. Orang yang berjuang pasti terkorban harta kerana banyak menghabiskan harta sehingga tidak sempat kaya, tetapi tidaklah sampai melarat.

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan