Taaruf

A013

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Memaknai taaruf dalam diri bagi merealisasikan persahabatan yang bebas dari sangkaan buruk menjadi harapan yang besar dalam kehidupan. Perkongsian yang selari dan memperolehi maafaat bersama dan sama  antara dua pihak mengisi maksud taaruf.  

Taaruf bernilai universal, sejagat dan menegaskan bahawa tiada sistem "kasta" dalam masyarakat Islam. Ia juga mengingatkan bahawa kita sebagai hamba Allah yang sedaya upaya mungkin meraih taqwa. Taqwa tidak dapat diperolehi atau diraih melalui nasab, keturunan, bangsa tetapi melalui amal soleh.

 ‎أخرج مسلم وابن ماجه عن أبي هريرة رضي اللَّه عنه قال
 قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: إن اللَّه لا ينظر إلى صوركم وأموالكم،
 ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

Imam Muslim dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

Al-Quran memperkenalkan konsep yang luar biasa, kepelbagaain dan perbezaan adalah untuk kita saling mengenali. Dengan mengenali dan memahami kepelbagaain serta perbezaan antara sesama manusia kita dapat belajar membina ketamadunan dan peradaban. Selisih faham sering berlaku kerana kita belum betul-betul mengenali dan memahami kepelbagaian antara satu sama lain.

Bahasa berbeza,  senyuman menyatukan kami

Hanya bahasa senyum
Menyantuni hanya dengan senyuman

Ruang sempit, saling berkongsi tempat

Rakan setaman Ustaz Mat Sabuddin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan