Form and Substance

Perhati dan cermati apa yg kita lakukan, bukan hanya melihat identiti kita.

Jika tidak, maka ia akan menimbulkan pelbagai masalah.
Ghairah dan semangat yg berkobar² menyuarakan hak kita, kemuliaan kita, kedudukan kita, tapi menggunakan bahasa, ayat - ayat yg menghina mereka yg 'bukan kita, bukan kelompok kita'.
Perhalusi bahasamu, belajarlah bahasa lahirlah budi bahasa.
Peri pentingnya kuasai bahasa.. Maka disandingkan budi dan bahasa menjadi budi bahasa.
Kelebihan dan kemuliaan yg didakwa milik kita diungkap dgn akhlak hina, keji, samseng, sumbang tergambar jelas melalui tutur kata yg hilang budi bahasa.
Banyak catatan sejarah menunjukkan bahawa keangkuhan dan kesombongan mentaliti bangsa terpilih menghuru - harakan dan mengharu - birukan kehidupan damai. Rosak kehidupan. Lenyap tamadun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan