Nilai baik yang semakin pudar

Kadar celik huruf di negara kita sudah meningkat. Semakin tinggi kadar celik huruf, jangkaan cerdik pandai adalah membawa kepada perubahan yg lebih baik dalam tingkah laku mereka. Tetapi yg berlaku sebaliknya. Songsang. Gejala sosial meningkat, amalan songsang kelihatan selari dengan peredaran zaman. Jenayah mengikut trend perkembangan teknologi. Akhlak merudum merentasi sempadan wilayah dan negara. Penagihan dadah, penganiayaan kanak2 termasuk pedofilia, keciciran sekolah, vandalisma, pencemaran alam sekitar, ugutan siber termasuk jenayah scammer, hubungan seks luar tabie, ancaman fizikal dan mental dan lain-lain adalah gambaran masyarakat kita kehilangan nilai.

Menghormati orang lain, komunikasi kurang sopan, kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat bukan sekadar tercalar, bahkan satu luka dalam yang amat parah.
Oleh kerana kesibukan tugasan dan pekerjaan, ada juga yg mula murung, tertekan...
ehhhh..panjang pulok aku membebel...nak bgtaunya..aku semakin pening dgn online...
aku harus segera menyingkir..
Image may contain: sky, bridge, cloud, outdoor and water

2 Comments
Like
Comment
Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan