Memaknakan Syukur

 

“Cukuplah, bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

 Dalam banyak hal, syukur kehilangan makna. Menerima  sesuatu tanpa usaha memperbaiki, menambahbaik atau berhenti bertindak untuk meningkatkan kualiti hidup adalah pembunuh kejam sifat syukur.  Bersyukur tanpa disusuli usaha yang teguh dan utuh mencemarkan maknanya. Itu sesuatu yang sangat hodoh.

 

Firman Allah S.W.T,

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً

Surah Saba (34), ayat 13

"Beramallah kamu wahai keluarga Daud sebagai tanda (untuk)  bersyukur!"

Jelas dan terang. Nyata bahawa beramal, berusaha, bertindak, beraktiviti adalah bentuk kesyukuran asalkan membawa kepada kebaikan.

Ibu Atsir (Ahmad Sonhadji Mohamad) dalam kitabnya, Tafsir Al-Quran Juz 22, menulis, “bekerjalah, beramallah sebagai tanda bersyukur kepadaNya.

Prof Hamka, dalam menjelaskan ayat ini, mengingatkan kita sebagai orang yang beriman bahawa bekerja, beramal soleh itu adalah hakikat kesyukuran sejati. (Tafsir Al-Azhar ), Juz 22 ms 146.

Kerjakanlah kebaikan hingga kita dapat mewujudkan rasa syukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah, Tafsir Ibnu Abbas, Jilid 3 Surah Saba, ayat 13.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan