Mengajak diri mencermati ayat-ayat perjalanan alam / kauniyyah.
Melihat perjalanan alam yang sangat terkawal dengan hati yang bersih dan akal yang jernih membawa kepada keyakinan kewujudan kuasa yang agung, Allah S.W.T.
Al-quran, bukan sekadar kitab dibaca yang akan membuahkan 'ta'abudiy', meraih pahala, namum membaca al-quran semestinya disertai dengan gagasan tadabbur.
Luqman al-Hakim, seorang tokoh bukan rasul memahamkan dan mendidik anaknya tentang keesaan Allah melalui aktiviti berfikir dan mengkaji. Cuba semak imbas surah Luqman, surah ke 31 melalui ayat 10, 14, 27, 29, dan 31.
Menyorot kehebatan dan kemajuan umat Islam lampau, tidak mampu dihitung betapa beruntungnya dunia, demikian pula tak ternilai ruginya dunia ini apabila umat Islam dilanda tragedi ketandusan ilmu dan intelektual.
Lesu, layu, hilang jati diri, maruah..realiti sepahit jadam yang terpaksa kita telan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan