Aku dan Bazar Ramadan Pada Sebelum Akhirnya 1

Pergilah jika itu pilihanmu, bawa semua kenangan pahit manis yang pernah kita bina bersama. Tinggalkan aku di sini. Aku masih mampu berdiri sendiri.

Pergi dengan bahagia, dengan percaya. Biarkan aku, aku baik-baik sahaja.
Bazar Ramadan mencatat seribu kisah kita. Kisah suka. Kisah duka. Melukis jalan cerita kita. Melakar pengalaman kita. Perjalanan hidup kita.
Bazar Ramadan antara cebisan perjalanan dan detik peristiwa yang mendewasakan kita. Perjalanan hidup ini cukup misteri. Aneh. Sepanjang liku kehidupan ini menemukan kita dengan banyak perkara di luar jangka. Tidak terduga. Kurang lebih 3 tahun kita bina semua itu.
Menginsafi dan menyedari bahawa perjalanan kehidupan dalam mencari makna dan mematangkan diri, bukanlah terletak pada panjang pendek masa yang dilalui, bukan juga pada jauh dekat jarak perjalanan, dan tidak juga pada tinggi rendah pencapaian yang diraih, tetapi pada aku ia bergantung pada sejauh mana diri bersedia untuk menerima, memahami dan menggabung jalin setiap pengalaman hidup yang dilalui.

Perjalanan rencah hidup terlalu pelbagai. Ada saat suka, riang tawa, seronok, gembira, senyum melebar ke telinga. Hati berbunga-bunga.
Roda hidup terus berputar dan beredar.
Sesuatu yang kita harapkan berkekalan, malang tiba-tiba ia hilang. Bertamu sedih, ngilu, pedih, hilang punca, ketidaktentuan, panas membahang, sepahit jadam menatijahkan kedut seribu.

Aneka musim kehidupan kita. Silih berganti. Sukar diramal.
‘Awak, saya minta maaf, kita nokhtahkan cerita kita di sini. Kita terima takdir ini dengan damai’
‘Semudah itu?
Berdiri teguh dan optimis bukanlah sesuatu yang mudah. Terkadang goyah.
Tasik Titiwangsa riak airnya tenang. Setenang pagi sabtu yang mendung. Apakah petanda hujan akan turun?
Gadis soya melangkah berlalu dan pergi…. Jauh dan terus menjauh.
Aku????? Yakinlah bahawa tak semua yang pergi adalah kehilangan. Masih ada yang kau tinggalkan.
Rindu.
Memujuk Rindu.
Apakah biduk berlalu kiambang bertaut?
Pada masa-masa tertentu kita cuma perlu ruang dan waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan