Kadang-kadang rapuh juga hati, rasa, jiwa dan seluruh raga berdepan dengan situasi yang tidak terduga. Ia datang datang bertamu tanpa undangan.
Raikan sahaja. Moga ada bersamanya rahmat dan berkat dari Tuhan.
Sesungguhnya kesulitan yang kita hadapi dan alami adalah untuk keteguhan hati, memadam salah silap dan dosa, meruntuhkan ego diri.
Kesulitan menghancur leburkan kesombongan yang tertanam dalam diri.
Dari kecil tidak pernah terpisah, esok lusa Laut Cina Selatan bakal memisahkan. Bermula di MMP, KB seterusnya di IPGKDRI, KT di tempat yang sama.
Sesungguhnya orang beriman bersangka baik kepada Tuhannya sehingga dia pun membaiki amalan. Adapun orang munafik berprasangka buruk kepada Tuhannya sehingga memperburukkan amalannya.
Hassan Basri RA.
Sesukar mana pun saat hidup sekarang, seboleh mungkin menyalahkan ketentuanNya, elak sama sekali menjatuhkan hukum yang bukan-bukan terhadap takdirNya. Hentikan sangka buruk kepada ketetapan Dia, Pencipta kita.
Pasti di sana ada ruang-ruang kebaikan untuk kita.
Pasti di celah-celah kesulitan itu ada kemudahan berganda untuk kita.
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita semua, bahawasanya dalam setiap kesulitan ada kelapangan, Al-quran Surah al-insyirah ayat 5, dan diulang tegas ayat ke 6
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
bahawa sesungguhnya tiap-tiap sesudah kesukaran disertai kemudahan.
Tugas kita, jalani hidup ini sebagai hambanya dengan taat, takdir dan ketetapan Allah yang tentukan.
Usaha, ikhtiar sedaya mungkin agar ujian dan mehnah ini berakhir. Titik penghujungnya pasti kita temui pelbagai ibrah, pelajaran dan hikmah untuk kita syukuri.
Bersangka baik bukan satu pilihan bahkan satu keputusan yang tepat agar kita lebih tenang mendepani cabaran bakal mendatang lagi dan lagi.
Jangan bersedih.
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
"La tahzan innallaha ma'ana
Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan