Alhamdulillah. Masih ada yang peduli tentang kita.
Terima kasih kawan-kawan atas khidmat bantu, moga kita terus saling bersama menjayakan agenda kita.
Jom kita sedikit amati pesan ini, saya lupa di mana saya baca,
Ada iblis dalam serban
Ada syaitan dalam jubah
Ada riak dalam ketayap sang lebai
۞ أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَـٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Ingat pesan ini wahai diri...
Kita diperintahkan dua perkara, iaitu mengerjakan kebaikan dan memerintahkan orang lain berbuat kebaikan. Dan kita juga dilarang dari perkara, melakukan kemungkaran dan meninggalkan nahi munkar.
Sesuatu yang tidak dapat dicapai seluruhnya, maka jangan tinggalkan semuanya. Seseorang yang tidak mampu khusyuk dalam solat atau tidak mampu mengerjakan solat secara berjamaah, maka ia tidak boleh meninggalkan solat sama sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan