Hari ni jadi tok Arab hidung kembang.
Sesekali teringat, habis sekolah rendah masuk sekolah menengah, slps hampir sebulan berjalan kaki sekolah menengah yg agak jauh maka aku menyampaikan hasrat hati kepada mek utk bersekolah Arab. Dekat rumah je. Mek tak setuju

.
Habis tingkatan 3 aku mintak nak sekolah teknik sbb nak jadi jurutera, sekadar berangan2. Ada halangan aku agak kecewa tp aku faham.
Masuk tingkatan 4 aku ditempatkan di aliran sains, aku tak minat, aku bagitau cikgu nak masuk kelas sastera, nak jadi sasterawan, masa tu novel yang popular seorang tua di kaki gunung, aku khatam lebih 10 kali.
Cikgu tak terima alasan aku

.
Masuk U peringkat Diploma belajar bidang perikanan...
Sambung degree bidang sains
Semasa kerja cuba belajar peringkat master tak dan habis...hampeh
Kemudian kerja
Belajar lagi KPLI
Belajar lagi bidang agama - tasawur islam, syariah dan usuludin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan