Belajar tapi tak berfikir, tersesat!
Sesiapa yg sedar bahawa percakapannya hanya menunjuk2 kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap
Belajar tapi tak berfikir, tersesat!
Kata orang, duit tak boleh beli kebahagiaan... tetapi tidak bagi aku, dengan duit aku 'membeli' kebahagiaan melalui perkongsian bersama orang lain dengan penuh ikhlas tambah² dengan isteri nan seorang
Dengan duit - kita jalan², makan², belanja kawan, sedekah dan lain².
Takdir diterima dengan penuh reda, moga-moga dengan reda berbuah tenang. Itulah pesan guru lama dulu dalam soal khusyuk. Selain dari reda menerima takdir, khusyuk juga membawa kita tunduk dengan merendah diri dan patuh menjalankan perintahNya.
Hampir sebulan..bagaimana dengan azam baharu? Atau kalimat "baharu" telah lebur maknanya dengan sikap lama dan usang lebih mendominasi diri???
Telahku tahu merasa dan merasa tahu akan apa itu miskin. Tidak perlu mana-mana pemikir hebat kelas kayangan dan bangsawan menjelaskannya. Aku amat arif.
Miskin ekonomi, miskin watak dan otak. Miskin perangai dan tingkahlaku. Banyak sifat-sifat negatif menguasai diri bahkan menjadi kebiasaan dan malangnya diangkat menjadi nilai hidup.
Miskin watak terserlah dengan ;
Hilang rasa tanggungjawab, sense of responsibility
Hilang kesedaran melaksananakan kewajiban diri, sense of duty
Hilang kesedaran tentang matlamat hidup yang mulia
Hilang sifat rela berkorban
Hilang sifat menepati masa
Hilang sifat kerja keras
Hilang kepedulian terhadap kepentingan awam
Hilang sifat jimat cermat
Hilang sifat kepemimpinan dan keteladan
Hilang sifat jimat cermat
Semua hilang.
Miskin otak terpamer jelas pada sikap malas belajar.
Petanda kehidupan beragama dan amal ibadat yang miskin daripada isi dan ruh yang tulen. Amalan dan ibadat yang hampir-hampir tiada roh.
Satu-satunya jalan penyelamat dari bencana kemanusiaan adalah melalui pendidikan yang berteraskan iman dan amal soleh.
Pendekatan pendidikan al-Quran adalah berasaskan targhib dan tarhib,
merangsang dan mengancam
Setiap kali disebut siksa neraka yang mengerikan, disusuli dengan nikmat syurga yang menyeronokkan.
Ini bermaksud, jika jiwa tidak terkesan dengan ancaman neraka, mereka akan terkesan dengan nikmat syurga yang memberangsangkan.
Iman dan amal soleh digandingkan kerana kedua-duanya saling sempurna menyempurnakan.
Intipati pendidikan adalah sebagai proses penyempurnaan dan pengutuhan insan. Cita-cita murni dunia pendidikan adalah untuk memugar dan menghidupsuburkan insaniyyat al insan.
Insan disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran. Kita boleh mengelompokkan konteks insan dalam tiga kategori, iaitu:
i. insan dihubungkan dengan keistimewaannya sebagai khalifah atau pemikul amanah.
ii. insan dihubungkan dengan ciri-ciri negatif diri manusia.
iii. insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia.
Ditegaskan dalam al-Quran, manusia sepanjang zaman sentiasa berhadapan dengan risiko kejatuhan martabat keinsanan dari ahsani taqwiim merudum kepada asfala saafiliin.
Sememangnya kita manusia boleh mencapai kedudukan yang tinggi kerana memang manusia telah dijadikan dalam keadaan yang terbaik, pun begitu kalau kita tidak ambil peduli soal spiritual, kita akan dijatuhkan ke tempat yang rendah.
Kehebatan manusia itu adalah pada roh dan pada akal yang Allah telah berikan.
Manusia juga sebagai makhluk yang bersifat zaluuman jahuula.
Manusia sangat zalim, yang pertama dizalimi adalah diri sendiri. Menjatuhkan martabat dirinya dari sebaik-baik kejadian kepada serendah-rendah makhluk.
Melupakan Allah akan menjatuhkan manusia dan ingat kepada Allah akan meninggikan kedudukan manusia dan kemuliaannya.
Manusia juga jahil, ia tidak tahu hakikat dirinya dan tidak tahu memelihara martabat keinsanannya.
Allah telah menjadikan manusia dalam keadaan yang seimbang antara fizikal dan spiritual. Itulah manusia yang sempurna dan hebat. Tapi apabila ada ketidakseimbangan: terlalu ikut kehendak fizikal dan tidak menghiraukan keperluan roh, dan menjauhkan diri dari Allah, maka manusia akan jadi lemah/cepat melatah/tidak bersyukur dan lain-lain sifat kelemahan.
Solusinya...Bahtera Penyelamat.
Sesekali bertanyalah pada diri kita sendiri, adakah ketika kita diberi kelebihan sama ada ilmu, harta, pangkat dan apa sahaja, semakin menjadi angkuh dan sombongkah kita?
Bersama Tuan Haji Ujang, Mudir Madrasah Darul Ulum Jengka 11. Tuan Haji sangat istiqamah dalam membangunkan Madrasah. Aspek pendidikan sangat ditegaskan oleh beliau.
Terkenang masa kecilku, sesekali musim perayaan, mek membawa aku dan semua adik beradik balik kampung. Ziarah kubur arwah ayah. Ibu dan ayah aku berasal dari kawasan penduduknya sebagai pesawah sebelum mengungsi ke tanah pedalaman sebagai peneroka tanah rancangan getah.
Mesra dengan Allah SWT dan RasulNya
Bertaqwa KepadaNya
Bertaubat setiap kali berbuat dosa
Bersabar atas ujian
Bersyukur atas nikmat
Redha dengan takdir
Mengharapkan rahmatNya
Takut akan siksaNya
dan apa-apa yang dipandang mulia dalam semua aktiviti harian kita.
Suatu ungkapan yang meliputi seluruh aktiviti dan kegiatan yang diredai Allah SWT dan RasulNya, sama ada berupa :
i. Ucapan
ii. Perbuatan
iii. Amalan zahir atau batin seperti solat, puasa, zakat, haji
iv. Benar pada kata-kata
v. Beramanah
vi. Berbakti kepada ibu bapa
vii. setia janji
viii. amar ma'ruf dan nahi mungkar
ix. berbuat baik kepada seluruh mahkluk Allah
2 Jan 2024, alhamdulillah, pagi ini dalam menahan sedikit sisa-sisa kesakitan, aku menghadirkan diri untuk solat di masjid. Sesampainya di masjid aku terlihat seorang lelaki dan aku fikir bukan orang tempatan. Aku sepintas lalu melihat jam di dinding, Oh! masih ada waktu untuk aku mendirikan solat sunat. Aku solat di sebelah lelaki tersebut.
Seusai solat, sekali lagi aku melihat dia. Aku mengucap dan berselawat beberapa kali, Allahu akbar, sahabat. Bila sampai? Sahabat ku Haji Ismadi dari Manjung, Perak memaklumkan dia ada menghubungi aku petang semalam dan menghantar teks pesanan melalui aplikasi wasap, tetapi aku tidak menjawab, jelasnya
Oh!!!... Maaf sahabat, petang semalam saya tertidur, Bangun solat Maghrib hampir jam 8.00 malam, itu pun sebab isteri aku mengejutkan aku dari lena. Selepas solat Isyak aku kembali menyambung lenaku. Penat.
Penat sangat-sangat.
Berkira-kira nak ambil MC jika sakit kaki tak baik-baik. Dalam pada sakit-sakit ajak kawan yang datang jauh minum, dah bukan selalu nak jumpa kan?
Isnin, 25 Disember 2023.
9.00 pagi - Aku bertolak ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Selasa, 26 Disember 2023
4.20 pagi - sedikit kemalangan kecil.
5.30 pagi - Buat laporan di Exit Chenor LPT.
6.20 pagi - Solat subuh
7.00 pagi - Berehat
8.30 pagi - Ke balai polis buat laporan
10.00 pagi - Ke KMC Kuantan
12.00 malam - Sampai di rumah.
Rabu, 27 Disember 2023
9.00 pagi - Anak sulung menghantar Uminya ke KMC untuk 'warded'
9.30 pagi - Menghantar Triton ke Bengkel di Temerloh
12.30 tengahari - Ke Kuantan Medical Centre, anak ke dua jemput di bengkel
Bermalam di KMC
Khamis, 28 Disember 2023
8.00 - 10.00 pagi - di KMC
11.00 Malam - Balik rumah
Jumaat, 29 Disember 2023
1.30 pagi - Sampai di rumah
7.30 pagi - Ke Pejabat Imigresen, JPJ, Maybank Temerloh
10.00 Malam - Balik ke rumah
Sabtu. 30 Disember 2023
Ke kebun dan membasuh kereta
Ahad, 31 Disember 2023
Hantar anak ke KLIA, kaki kiri mula berdenyut-denyut, ada tanda-tanda gout datang berkunjung.
Hampir senja sampai ke rumah.
Isnin, 1 Jan 2024
Ke Kuantan dan hantar anak ke Pekan
6.30 petang sampai rumah. Kaki masih berdenyut-denyut manja.