Intipati pendidikan adalah sebagai proses penyempurnaan dan pengutuhan insan. Cita-cita murni dunia pendidikan adalah untuk memugar dan menghidupsuburkan insaniyyat al insan.
Insan disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran. Kita boleh mengelompokkan konteks insan dalam tiga kategori, iaitu:
i. insan dihubungkan dengan keistimewaannya sebagai khalifah atau pemikul amanah.
ii. insan dihubungkan dengan ciri-ciri negatif diri manusia.
iii. insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia.
Ditegaskan dalam al-Quran, manusia sepanjang zaman sentiasa berhadapan dengan risiko kejatuhan martabat keinsanan dari ahsani taqwiim merudum kepada asfala saafiliin.
Sememangnya kita manusia boleh mencapai kedudukan yang tinggi kerana memang manusia telah dijadikan dalam keadaan yang terbaik, pun begitu kalau kita tidak ambil peduli soal spiritual, kita akan dijatuhkan ke tempat yang rendah.
Kehebatan manusia itu adalah pada roh dan pada akal yang Allah telah berikan.
Manusia juga sebagai makhluk yang bersifat zaluuman jahuula.
Manusia sangat zalim, yang pertama dizalimi adalah diri sendiri. Menjatuhkan martabat dirinya dari sebaik-baik kejadian kepada serendah-rendah makhluk.
Melupakan Allah akan menjatuhkan manusia dan ingat kepada Allah akan meninggikan kedudukan manusia dan kemuliaannya.
Manusia juga jahil, ia tidak tahu hakikat dirinya dan tidak tahu memelihara martabat keinsanannya.
Allah telah menjadikan manusia dalam keadaan yang seimbang antara fizikal dan spiritual. Itulah manusia yang sempurna dan hebat. Tapi apabila ada ketidakseimbangan: terlalu ikut kehendak fizikal dan tidak menghiraukan keperluan roh, dan menjauhkan diri dari Allah, maka manusia akan jadi lemah/cepat melatah/tidak bersyukur dan lain-lain sifat kelemahan.
Solusinya...Bahtera Penyelamat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan