Julai, 1997 aku jejaki Negeri Pahang, Daerah Jengka, selepas aku menolak untuk melapor diri di Bumi Kenyalang yang sepatutnya bulan Mei aku seharusnya berada di sana. Tawaran aku tolak kerana salah opyen. Di Sarawak aku ditempatkan sebagai Guru Pendidikan Islam, sedangkan aku opsyen Sains. Nanti tak pasal-pasal aku ajar ajaran sesat....giler....hihihihi.
Sekitar 5.30 pagi, isnin, Bas Jengka Ekspres dari Kota Bharu sampai di Jengka. Sunyi amat bandarnya. Stesen bas pun terlihat usang dengan tandas tak terjaga. Huh...
Seperti hentian bas di tempat lain, sebaik turun dari bas aku disapa oleh pemandu teksi. Aku hanya membalas dengan sedikit senyuman tawar. Hambar.
Seusai solat subuh, di hentian bas Jengka aku termenung, masih kabur di manakah destinasi Lepar Utara, walaupun di dalam bas sempat bertanya khabar rakan sebelah yang menuju ke Ulu Jempol.
Aku berkira-berkira untuk mengambil bas ke Lepar Utara selepas aku maklum tambang teksi adalah RM50.00 selepas diskaun. Mahalnya, mungkin awal pagi agaknya getus hati.
Cikgu, tambangnya sama ada tengah hari atau pagi sama sahaja, maklum abang teksi. Aiik..tau pulak dia ya bisikan hati aku, 'membela' ke apa ke??? Huhuhuhu. Sangka buruk betul aku ni...sian abang teksi, orang Jengka 1.
Tak pe lah abang saya ambil bas je.
Tertera pada notis kaunter bas, jam 11.00 baru ada perjalanan ke Lepar Utara. Allah! sekarang jam 6.00 pagi
Macam mana ni..Kalau aku ambil teksi, rabak poket, baki wang dalam poket tak berapa tebal. Gaji pertama paling awal 3 bulan. Aku berkira-kira.
Dalam masa aku ligat berfikir, abang teksi mencelah 'hampir 2 jam juga masa perjalanan ke situ kalau cikgu naik bas', memujuk agaknya.
Baiklah...Jom...
Melayang RM 50.00

Tiada ulasan:
Catat Ulasan