Perhati dan cermati apa yg kita lakukan, bukan hanya melihat identiti kita.
Form and Substance
Jika tidak, maka ia akan menimbulkan pelbagai masalah.
Ghairah dan semangat yg berkobar² menyuarakan hak kita, kemuliaan kita, kedudukan kita, tapi menggunakan bahasa, ayat - ayat yg menghina mereka yg 'bukan kita, bukan kelompok kita'.
Perhalusi bahasamu, belajarlah bahasa lahirlah budi bahasa.
Peri pentingnya kuasai bahasa.. Maka disandingkan budi dan bahasa menjadi budi bahasa.
Kelebihan dan kemuliaan yg didakwa milik kita diungkap dgn akhlak hina, keji, samseng, sumbang tergambar jelas melalui tutur kata yg hilang budi bahasa.
Jom nikmati
"Barang siapa memasuki pagi dgn perasaan aman di rumahnya, sihat badannya, dan memiliki makanan pada hari itu, maka seolah2 dunia dan seisinya telah menjadi miliknya"
HR at-Tirmidzi.
Nilai baik yang semakin pudar
Kadar celik huruf di negara kita sudah meningkat. Semakin tinggi kadar celik huruf, jangkaan cerdik pandai adalah membawa kepada perubahan yg lebih baik dalam tingkah laku mereka. Tetapi yg berlaku sebaliknya. Songsang. Gejala sosial meningkat, amalan songsang kelihatan selari dengan peredaran zaman. Jenayah mengikut trend perkembangan teknologi. Akhlak merudum merentasi sempadan wilayah dan negara. Penagihan dadah, penganiayaan kanak2 termasuk pedofilia, keciciran sekolah, vandalisma, pencemaran alam sekitar, ugutan siber termasuk jenayah scammer, hubungan seks luar tabie, ancaman fizikal dan mental dan lain-lain adalah gambaran masyarakat kita kehilangan nilai.
Menghormati orang lain, komunikasi kurang sopan, kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat bukan sekadar tercalar, bahkan satu luka dalam yang amat parah.
Oleh kerana kesibukan tugasan dan pekerjaan, ada juga yg mula murung, tertekan...
ehhhh..panjang pulok aku membebel...nak bgtaunya..aku semakin pening dgn online...
aku harus segera menyingkir..
2 Comments
Like
Comment
Share
Langgan:
Ulasan (Atom)

