Pahit Kebenaran

Sebentar menyusuri kehidupan para Nabi. Ada ibrah yang jelas.

Nabi Yusuf a.s. ternyata tidak bersalah. Akan tetapi siapa yang peduli tentang semua itu. Sejak bila hukuman dan undang-undang jahiliah mengiktiraf keadilan. Sementelah pula undang-undang itu dikuasai sepenuhnya penguasa zalim.

Keadilan mengatakan bahawa yang bersalah akan dihukum, manakala yang tidak bersalah akan dibebaskan. 

Itu semua tidak penting. Yang penting dalam undang-undang tersebut ialah para penguasa dan pembesar dilindungi walau sebesar mana pun kesalahan mereka.

(Tafsir Surah Yusuf, 12:35)


Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan