Membaca , ya sudah lama. Menyempurnakan tanggungjawab membaca masih bertatih. Terkadang bungkam, diam, bahkan tidak peduli. Dalam banyak masa dan ketika buat-buat faham.
حَقَّ تِلَاوَتِهٖۗ
Frasa dari surah al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud, "Membaca dengan sebenar-benar bacaan"
Lancar lagi fasih menyebut. .
Kita lanjutkan sedikit tuntutan kalimah itu.
Pembacaan al-Quran dengan sebenar-benar bacaan hendaklah berlaku perkongsian lidah, akal, dan hati di dalam pembacaan itu.
Tanggungjawab dan peranan lidah ialah membetulkan sebutan huruf al-quran dengan bacaan tartil.
Tugas dan fungsi akal ialah memahami makna dan maksudnya.
Peranan, tanggungjawab, tugas dan fungsi hati pula ialah mengambil peringatan, pengajaran segala suruh larang Allah.
Setelah lidah, akal dan hati melunaskan tanggung jawab masing-masing, maka menjadi tugas anggota badan meninggalkan dan melaksanakan tuntutan Allah SWT.
Oleh itu setiap mukmin (orang Islam) mestilah menyedari bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan disampaikan kepada umatnya bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan sahaja, bahkan untuk difahami, dihayati dan diamalkan/dilaksanakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan