Cinta memang tak terduga, serba tiba-tiba. Datang dan pergi. Lagi dan lagi. Cinta memang di luar jangka. Datang pada tempat yang tak dijangka, pada saat yang tak dijangka bahkan pada orang yang tak terjangkakan.
Jarak Kuala Terengganu - Dungun tidak
menghalang aku untuk sekali-sekala datang bersua, melepaskan rindu yang terbuku
di kalbu. Pantai itu menjadi saksi tentang teguh dan utuh simpul kasih kami, tak
teruraikan. Pepasir dan pantai adalah kata-kata indah yang mewakili cinta kita,
tak terpisahkan. Cinta kami sentiasa berdebur bagaikan ombak. Setia menghempas
pantai. Selamanya.
Dedaun
kuning berguguran ditiup angin senja. Mentari senja itu kemerahan, kelihatan
layu. Kedatangan senja yang menenggelamkan matahari mengajarkan aku, bahawa
segala sesuatu tiada yang abadi. Musim berganti. Fiqa hanyalah angin senja, sekadar
singgah menyapa kemudian pergi.
Di
senja itu, senja tanpamu. Entah di mana silapnya, aku tak pasti dan akhirnya aku sendiri tercampak dan terdampar sepi. Terdampar
menanggung luka lama, luka baru menambah perit.
Senja datang lagi, dan senja itu untuk kesekian
kalinya aku masih sama, lelaki yang sudah lupa cara berbahagia.
Setahun
masa berlalu. Terlalu singkat. Sebuah pertemuan yang singkat untuk kerinduan
yang panjang. Pada akhirnya senja semakin menjauh. Namum ia tidak pernah
melenyapkan cintaku padanya. Dan pada senja itu, akhirnya aku mengaku kalah.
Bumi
Terengganu aku tinggalkan. Penyu menangis siapa yang tahu.
7 Julai, 1997 aku jejaki Bumi Mat Kilau, Pahang,
Daerah Jengka, selepas aku menolak untuk melapor diri di Bumi Kenyalang yang
sepatutnya bulan Mei aku seharusnya berada di sana. Tawaran ke sana aku tolak.
Sekitar 5.30 pagi, isnin, Bas Jengka Ekspres dari Kota Bharu tiba di Jengka. Sunyi amat bandarnya. Sepi, sesepi hatiku tak berpenghuni. Stesen bas pun terlihat usang dengan tandas tak terjaga. Huh...
Seperti hentian bas di tempat lain, sebaik turun dari bas aku disapa oleh pemandu teksi. Aku hanya membalas dengan sedikit senyuman. Tawar. Hambar.
Seusai solat subuh, aku termenung, masih kabur di manakah destinasi Lepar Utara.
Aku berkira-berkira untuk mengambil bas ke Lepar Utara selepas aku maklum tambang teksi adalah RM50.00 selepas diskaun. Mahalnya, mungkin awal pagi agaknya getus hati.
‘Cikgu, tambangnya sama ada tengah hari atau pagi sama sahaja, maklum abang teksi’.
Aiik! tau
pulak dia ya bisikan hati aku, 'membela' ke apa ke??? Huhuhuhu. Sangka buruk
betul aku ni, sian abang teksi, orang Jengka 1.
‘Tak pe lah abang saya ambil bas je.’ Berjimat.
Tertera pada notis kaunter bas, jam 11.00 baru ada perjalanan ke Lepar Utara. Allah! sekarang jam 6.00 pagi, aku menjeling jam di tangan. Jam hadiah hari lahirku dari Fiqa. Akukan lelaki setia.
Macam mana ni, kalau aku ambil teksi, rabak poket, baki wang dalam poket tak berapa tebal. Gaji pertama paling awal 3 bulan. Aku berkira-kira.
Dalam masa aku ligat berfikir, abang teksi mencelah 'hampir 2 jam juga masa perjalanan ke situ kalau cikgu naik bas', memujuk agaknya.
'Baiklah, jom...'
Melayang RM 50.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan