‘Baiklah awak, saya minta diri, maaf kiranya kedatangan saya tidak kena pada masanya atau mengganggu masa-masa berharga awak, terima kasih kawan sekelas’.
Sengaja aku tinggikan suara semasa menyebut 'kawan sekelas'. Bibir Hana
bergerak-bergerak tetapi tiada kedengaran suara.
‘Jumpa lagi Dr. Zul, Insya Allah’.
Laju aku melangkah keluar dari rumah Hana.
Dahulu kita selalu berkongsi cerita.
Tapi kini kini kita hanya sebuah cerita, Cerita
luka. Cerita duka. Cerita hampa. Cerita yang menumbuhkan kecewa.
Kamu bagi aku kini cuma sebahagian dari masa
lalu yang tidak mahu lagi diingati. Dahulu sememangkan bersamamu saat yang ku tunggu. Bersamamu dulu menguatkan. Tetapi
kini mengingatimu amat menyakitkan. Pastinya menghancurkan jika kembali
bertemu.
Itu masa lalu. Menjadi sejarah. Walapun sejarah
kita sejarah luka tetapi ia amat bermakna. Sejarah bukan seni bernostalgia, tetapi ia
adalah ibrah yang boleh ditarik ke masa sekarang untuk mempersiapkan masa depan
yang lebih baik.
Toleh masa lalu kita, nescaya kita percaya masa
depan kita. Renung sejenak ke belakang dan sambung titik-titik pengalaman hidup
yang menjadi asam garam, rempah ratus, pahit manis dalam membentuk diri kita
hari ini. Sesungguhnya masa lalu kita tidak pernah sia-sia walau ada masanya
naik dan kadang-kadang merudum.
Tak mengapalah Hana, aku redha kerana aku tak
pasti jalan keluarnya apa. Telah aku tempuhi perpisahan berkali-kali sebelum
ini dan aku berjaya dan kali ini juga aku
yakin aku akan berjaya. Mudah-mudahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan