Memulakan hari baharu, tidak keterlaluan jika aku menyatakan bahawa kita sering mengharapkan perjalanan hidup kita berjalan lancar dan sempurna sebagaimana yang dirancang.
Kita seharusnya tabah menerima kegagalan dan kekecewaan akan tetapi jangan pernah kehilangan harapan. Di mana ada harapan, impian bakal menjadi kenyataan. Berharap untuk impian kita menjadi kenyataan sahaja tidak memadai, berusaha dan bertindaklah sebaik mungkin. Perkara yang hebat hampir tidak pernah berlaku secara tiba-tiba, ia terhasil dari beberapa siri tindakan kecil yang penuh sinergi
Dalam banyak masa dan ketika, harapan kadang-kadang menjadi realiti sejajar dengan impian. Di ketika yang lain harapan dan impian tersasar jauh. Di saat tersebut, berhenti seketika, tekan butang 'pause'. Tenangkan diri, bangkit kembali. Atur strategi.
Bagaimana pun irama hidup kita, sama ada apa yang kita harapkan menjadi kenyataan atau sebaliknya, tentunya ia menjadi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna bagi kelangsungan hidup kita seterusnya, seperti pesan yang pernah aku dengar dan kekal tersemat di dada, 'every day begins with expectations and ends with experiences'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan