Tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita. Begitu juga tidak semua yang kita benci itu buruk untuk kita.
Seperti itulah sepatutnya kita fikirkan dalam kehidupan kita ini. Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, selebihnya adalah ketentuan dan takdir Allah adalah yang terbaik buat kita. Moga-moga dengan keyakinan sebegini pandangan kita tentang kehidupan menjadi lapang dan luas. Tenang dan tenteram.
Cuma dalam mengisi makna kehidupan yang lebih bererti, kita memerlukan istiqamah, lakukan secara terus menerus.
Berusaha, berikhtiar, berdoa, belajar untuk terus bersyukur, diiringi dengan tawakkal.
Usah mengalah jika disindir. Usah lemah jika disakiti, jika tidak sia-sialah usaha kita. Yakinlah dengan perancanganNya yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang dan harapkan. Malam pasti berganti siang.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan kesederhanaan dalam beragama pada 'dua jangan', iaitu 'jangan melangkau batas dan jangan cenderung kepada orang yang zalim'.
Teguhkan jati diri dengan solat dan sabar. Fasobrun jamil. Ini semua asbab turunnya pertolongan Allah kepada kita.
Paling penting untuk kita sedari ialah apabila Tuhan memerintahkan kita melakukan sesuatu, maka sudah terang lagi bersuluh ia adalah baik untuk kita berkesempatan meraih kejayaan dunia dan akhirat.
Betapa hanya mereka yang berjalan di atas jalan kebenaran akan beroleh kejayaan, cuma sedikit masa diperlukan untuk terus bertahan seteguh karang di lautan, biarpun ujian sepahit jadam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan