Jangan pernah lelah untuk terus bersabar. Apa pun yang kita
alami dan hadapi hari ini, jangan berhenti, jangan pernah merasa kalah.
Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang terbaik untuk
diri kita
Kita tidak perlu mengeluh di saat kita diuji
Telah kita rentasi pelbagai lorong, denai serta liku-liku dalam hidup ini. Toleh ke belakang seketika, terlalu banyak
pengalaman yang telah kita nikmati dan lalui. Pelbagai rasa.
Saat berpaling ke sisi kita dapat saksikan siapa yang
sentiasa bersama kita, di ketika susah dan senang. Kita juga memerhati siapa
yang pergi di saat kita memerlukan
Ujian datang untuk membasuh dosa-dosa kita.
Hidup kita ini punya arah tuju dan matlamat.
Jalani hidup ini
dengan sebaiknya, berbuat baik dan ambil peduli sesama kita,
teguhkan cinta kepada Pencipta.
Hujung perjalanan hidup kita adalah meninggalkan dunia, maka
sebelum kita berangkat pergi, persiapkan diri.
Simpanlah kesan-kesan baik kepada semua orang meskipun bukan
semua orang baik dengan kita.
Kita pun bukan baik sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan