Belia

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

Perbendaharaan kata Arab, Mukhtar al-Sihhah, kalimah fityat adalah dari kata dasar kalimah fa ta ta, atau pluralnya fityan. Al-fata itu sinonimnya al-shabb, pemuda. 

Imam al-Qurtubi menukilkan definisi al-Junayd dengan memaknakannya sebagai sikap melakukan kebaikan kepada orang lain, tidak menyusahkan orang lain dan meninggalkan rungutan terhadap orang lain.




Sempit

Aku melihat naratif Islam yang disempitkan serta disadur dengan kebencian kaum lebih menguasai masyarakat. Justeru itu apa sahaja yang bukan dari kelompok mereka akan tersingkir.



Kualiti Diri Yang Hilang

Kemenangan Islam bukan angan-angan atau cerita dongeng1001 malam. 

Tidak mudah untuk meraihnya.

Kerja keras

Perancangan teliti.

Rapi.

Tersusun.

Kepimpinan  jitu dan hebat.

Peribadi pejuang berkualiti.

Belajar dari peribadi Talut. 

Bastatan fi al - ilm wa al-jism, Kelebihan dalam lapangan ilmu dan kegagahan tubuh badan.

Mantapkan hafiz al-alim. Amanah lagi berpengetahuan. Karektor Nabi Yusuf A.S.

Menjerit sehingga pecah halkum, menyalahkan pihak luar, bercakap kosong sama sekali tidak mengubah apa-apa.

Mulakan dengan tekad dan azam meningkat kualiti diri

Sudah terlalu bosan mendengar bicara tanpa hasil.




Luhur Budi

Anak-anak ke universiti, kemudian tamat belajar, bukan sebuah pencapaian. Ia hanya proses. Sebuah perjalanan pendidikan yang sifatnya sepanjang hayat. 

Adakah pelajaran dan pendidikan yang diterima menatijahkan kebaikan dan manfaat atau sebaliknya?

Hasil pendidikan adalah seharusnya membuahkan keilmuan dan perilaku yang  telah ditunjuk contoh oleh Baginda Rasulullah S.A.W. 

Manusia haruslah benar-benar bersifat manusiawi, kerana manusia bukan sekadar  binatang yang hanya merayau-rayau melata ke serata tempat mencari makan dan minum untuk tumbuh membesar dan seterusnya membiak.

Sebagai manusia, kehalusan budiperkerti, keluhuran akal-budi semestinya dizahirkan dan tampak jelas dalam semua medan kehidupan sama ada pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan pada setiap masa dan zaman. 

Kehalusan budiperkerti, keluhuran akal-budi sewajarnya terserlah dalam bidang ekonomi, politik, undang-undang, sosial, senibina, agama, dan seluruh cabang kehidupan manusia hatta dalam peperangan sekalipun.  




Membina Manusia

Tamadun mungkin hanya menjadi realiti setelah ada usaha ikhtiar mempertingkatkan taraf adab dan memperhaluskan budipekerti serta menimbulkan jati diri insani tiap-tiap anggota masyarakat yang tentunya bermula dari diri dan keluarga.

Jadi cikgu sejarah kecil-kecilan sekarang. 

Seronok dan puas berkongsi hal-hal sebegini dengan anak-anak.



Tingkah Kita Sang Manusia

Benarkah, dalam banyak masa dan ketika masalah yang berlaku dalam hidup ini, sebahagian besarnya adalah bermula dari makhluk bergelar manusia?.

Eh! eh! aku manusia tau.. 

Takkan aku yang bijak pandai ni punca masalah. Sijil ada,  diploma, ijazah pertama,  kedua ada... wife je pertama dan selamanya...hehehehe 

Bukankah ini semua masalah berpunca dari kucing jiran atau lembu tetangga yang berak merata😅



Luhur Budi


Ahli sains mengajar kita tentang jirim, jisim, cakrawala dan pelbagai lagi. 
Sains ialah disiplin ilmu yang mmelibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi. Sains adalah segala yang kita boleh saksikan dengan pancaindera kita. Mana kala para rasul mendidik kita mengenai perkara ghaib. Ghaib tidak bermakna ia tidak ada. Ghaib itu sendiri yang wujud dan sifat wujudnya adalah sedemikian.
Meyakini perkara-perkara yang ghaib ialah menyakini perkara-perkara yang tampak dan nyata yang terdapat dalam alam ini. Ia adalah tanda dan bukti kewujudan yang Maha Berkuasa yang menentukan wujudnya alam ini dan yang mentadbir perjalanannya. Kesepaduan antara pembangunan luaran hasil ilmu sains dan keyakinan yang jitu tentang soal-soal ghaib membuahkan satu tamadun kemanusiaan yang cukup mantap. Bukankah sebelum ini telah musnah dan hancur tamadun yang mendustakan para Rasul?



 

Surihatiku

Tidak peduli berapa pun usia perkahwinan kita, akan ada dua saat ketika aku ingin bersamamu...

Sekarang

dan selamanya! 

Sungguh aku menyayangimu. 



Memeluk Rindu

Wahai Anakku, angan bersedih meski pun tadi abah dan umi memeluk dirimu seketika saja, kerana yang perlu anakanda tahu, HATI ABAH UMI memelukmu selamanya.





Bahagia Dan Sengsara

Yakinlah, dengan bersyukur, bahagia akan sentiasa bertambah. 

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim)

maka marilah kita cipta bahagia cara kita.

Hindari sengsara. Kenali bahagia.  Sengsara itu jika diperhalusi ia merujuk kepada golongan yang berpaling dari Tuhan dan menolak petunjukNya.

Sengsara itu mereka 'yang hilang jiwa' dalam dunia ini kerana mereka penuhi kehidupan dengan kenikmatan dunia yang menghela mereka kepada kesesatan dan menjatuhkan mereka ke lembah kesilapan.



Memadai dan Cukup

Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang banyak.

Peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran semestinya menjadi ikutan dan pegangan serta ingatan buat diri kita.

Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat.


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ 


“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.” (Surah Ibrahim ayat : 7)

KANDUNGAN AYAT

Sekurang-kurangnya terdapat 3 kandungan utama ayat ini iaitu:

Syukur merupakan ungkapan rasa pengakuan diri seorang hamba atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T berjanji untuk menambah kenikmatan bagi hamba-hambaNya yang bersyukur.

Sikap kufur akan segala nikmat akan mengundang azab Allah S.W.T.

KESIMPULAN

Rezeki yang disyukuri akan terasa lapang.

Rezeki yang dikufuri akan terasa kurang.

Rezeki dari Allah cukup untuk hidup akan tetapi tidak cukup untuk gaya hidup.



Meraikan

Mendepani kehidupan, banyak persoalan yang kita hadapi. Ada yang secara spontan jawapan disempurnakan. 

Ya atau tidak.

Boleh atau tidak boleh. 

Seperti mudah.

Ada ketika tertentu jawapan berbentuk hitam putih seperti itu sangat tidak dialu-alukan. Bahkan perlu disingkirkan jauh-jauh. Bak kata orang, kalau tak menang semua jangan sampai semua kalah. 

Win win situation.

Paling penting  bertanggungjawab dengan keputusan dibuat dan apa jua kesan dari keputusan yang telah diambil,  kita hadap. 

Tidak perlu menyalahkan sesiapa.

Pada akhirnya semua akan kita hadam. 

Tawakal dan taqwa.



Setahun

Semampu mungkin cuba membina hubungan yang kukuh dan utuh dan pada masa yang sama sedaya yang boleh menghindari konflik apalagi pertelingkahan.

Kita semua maklum bahawa setiap sesuatu tercipta secara semulajadi secara berpasangan. 

Siang dan malam

Suka dan duka

Sedih dan gembira

Memang telah dijodohkan begitu agaknya. 

Tak terpisahkan, akrab. Seakan disandingkan dan diakadkan dengan mahar yang termahal.

Maka dalam membina hubungan sesama ada baiknya rasa percaya dibaja, disiram moga ia terus hidup dan subur. Menguntum dan mekar mewangi menghiasi ruang hidup kita.

Rasa iri, dengki, dan khianat kita benamkan ke dasar bumi.





Akan Datang

Mungkin sepuluh tahun atau dua puluh tahun akan datang, kita akan kecewa dengan perkara yang tidak lakukan berbanding dengan perkara yang telah kita lakukan. Selama mana kita nampak jelas matlamat yang kita sasarkan walaupun tampak sukar dan sempit ruang yang ada, kita akan sedaya mungkin bergerak dan bertindak. 

Kita adalah arkitek masa depan kita. 

Kita yang corak dan warnakannya.

Bermula hari ini. Saat ini. 

Kita boleh mencipta seribu sebab dan alasan untuk menyatakan kenapa kita gagal mencapai matlamat, akan tetapi kita hanya mempunyai satu sebab mengapa pada akhirnya kita boleh menjulang tropi matlamat dan menjejak podium kejayaan.


Kita mempunyai dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau terus menanggung sakit kerana tidak berubah.

Sakit, luka dan menderita adalah lumrah dan lazim dalam menjalani liku denai kehidupan untuk kita menjadi lebih teguh dan kukuh mendepani masa depan.
Kita bakal menuai apa yang kita tanam.

Tanda

Aku rasalah, atas dunia ni tak le terlalu sibuk sangat kot, tetapi mungkin kita ni tak penting bagi dia, maka ada sahaja sebab yang menghalang untuk bersama walau seketika. Kepantasan menjawab kiriman wasap atau panggilan telefon bengantung kepada seberapa besar kedudukan kita pada seseorang, atau saat kita sangat-sangat diperlukan. 

Nama pun hidup, kita sentiasa berharap yang terbaik maka semestinya kita perlu bersedia menghadapi cabaran, dugaan dan mehnah. Itu kaedahnya, bagi kita yang biasa-biasa ni. Kita marhain, bukan bangsawan jauh dari kayangan.

Boleh jadi kita tak dapat apa yang kita harapkan, tetapi yakinlah kita akan miliki apa yang terbaik untuk kita.



Percaya dan yakinilah, bahawa tangan yang menadah kepada Tuhan tidak akan kembali dalam keadaan kosong dan hampa. Makbul atau tidak itu rahsia Tuhan, jangan pernah jemu meminta dan berdoa.