Memadai dan Cukup

Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang banyak.

Peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran semestinya menjadi ikutan dan pegangan serta ingatan buat diri kita.

Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat.


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ 


“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.” (Surah Ibrahim ayat : 7)

KANDUNGAN AYAT

Sekurang-kurangnya terdapat 3 kandungan utama ayat ini iaitu:

Syukur merupakan ungkapan rasa pengakuan diri seorang hamba atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T berjanji untuk menambah kenikmatan bagi hamba-hambaNya yang bersyukur.

Sikap kufur akan segala nikmat akan mengundang azab Allah S.W.T.

KESIMPULAN

Rezeki yang disyukuri akan terasa lapang.

Rezeki yang dikufuri akan terasa kurang.

Rezeki dari Allah cukup untuk hidup akan tetapi tidak cukup untuk gaya hidup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan