“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim)
maka marilah kita cipta bahagia cara kita.
Hindari sengsara. Kenali bahagia. Sengsara itu jika diperhalusi ia merujuk kepada golongan yang berpaling dari Tuhan dan menolak petunjukNya.
Sengsara itu mereka 'yang hilang jiwa' dalam dunia ini kerana mereka penuhi kehidupan dengan kenikmatan dunia yang menghela mereka kepada kesesatan dan menjatuhkan mereka ke lembah kesilapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan