Tanda Sempurna

Coretan Pagi .

Pergi solat di masjid tu amalan mulia, tanda keimanan kepada Allah, at-Taubah : 18.
Cuma dalam banyak hal aku menyaksikan iman yang dibina tidak berimplikasikan sosial.
Kesolehan yang terbina tidak memiliki kepedulian kepada orang lain dan masyarakat.
Masalah parking bertindan,
Kebersihan tandas,
Bau badan, masyaAllah!!!
Pinjam selipar tidak pulang ke tempat asal....
Sambung lah lagi...

Berbuatlah

Masa-masa sukar sentiasa ada pada mana-mana fasa kehidupan kita, namum detik-detik cemas itu tidak pernah menggoyahkan kesetiaan kita.

Kata jiran lama saya 'though time never last but though people do'.


Insan

Di Bandar Pusat Jengka ni ada beberapa buah masjid, aku dan isteri melazimi solat berjemaah di Masjid Sultan Ahmad Shah, masjid atas bukit nama panggilannya.

Ada seorang imam, suaranya jelas, surah tidak panjang dan tidak pendek, sesuai utk aku yang bekerja ni, tak terkejar2 selepas subuh.
Antara ayat yang selalu dibaca ialah dari surah al-Ahzab, 72.
Aku cuba teliti mesej ayat tersebut dan amat dekat dengan kita.
Al- Insan disebut sebagai zalim dan jahil.
Zalim kerana selalu menzalimi diri sendiri dengan menjatuhkan martabat diri dari ketinggian keinsanannya.
Manusia juga jahil kerana tidak tahu hakikat dirinya sebagai pembawa amanah keinsanan.
Gejala zalim dan jahil ini merata ke semua peringkat masyarakat, akibatnya lahirlah generasi yang hilang keinsanan.

Kaya Miskin

Sungguh bahaya jika KAYA HARTA dalam keadaan MISKIN JIWA. (Na'uzubillahiminzalik)

Begitu juga jika KAYA ILMU dalam keadaan MISKIN JIWA, maka celaka natijahnya.
Akhir zaman,
Berlakunya fitnah dahsyat dalam kalangan ahli ilmu dek kerana mengabaikan aspek kerohanian; usaha pembinaan kekayaan jiwa.
Yakni,
KAYA ILMU namun MISKIN JIWA.
Ya, nyatalah fitnah yang sedang berlaku bukanlah asbab kaki botol atau kaki judi; sebaliknya ia tercetus dek kerenah para ilmuan itu sendiri.
Fitnah akhir zaman itu sungguh halus Ma'anawi, sukar dilihat lagi payah dikesan.
Terima kasih penulis
Jangan tertipu dengan jubah dan serban yg ku pakai... lebih dari jubah boleh aku sediakan utk tunjukkan aku 'lebih' Islamik... hehehehe



Pahit Manis

Bersama kanak-kanak riang dan sahabat guru yang baik budi.

Wahai anak, pesan ibu jangan diabaikan.
Kemahuan nafsu manis pada awalnya tapi pahit dan hambar pada hujungnya.
Kehendak akal pahit pangkalnya tetapi manis pada hujungnya.
Berpahit-pahitlah dahulu, bermanis-manis kemudian.



3 Kekuatan

Sesekali melayan anak-anak.

Suka cikgu pesan wahai anak,
3 kekuatan sebagai alat untuk meraih ilmu
Pendengaran
Penglihatan
Pemikiran
Semoga Allah membuka seluas-luasnya pintu kebenaran dan menutup serapat-rapatnya pintu kebatilan dan kesesatan
Hindari ketaksuban kerana ia menghijab cahaya-cahaya kebenaran.



Luas dan Sempit

Kalau hanya semata-mata cinta, daerahnya terlalu sempit tetapi persahabatan mempunyai lapangan daerah yang luas, dalam mengharungi lautan hidup yang amat luas yang tiada tentu di mana tepiannya.

Beroleh kemenangan lantaran bertambah sahabat, lebih bernilai harganya dari dapat balasan cinta seorang wanita, tapi aku ingin jatuh cinta lagi dan lagi....



Berpisah dan Bertemu

30 tahun masa memisahkan, hari ini kembali terjalin. Pertemuan kali ini pasti banyak membuka banyak momen-momen yang tidak ternilai harganya.

Ketika kita akhirnya kembali bersua, kita akan menemukan bukan hanya sahabat baik yang kita rindukan, tetapi mengembalikan juga seribu satu rasa yang pernah kita kecapi bersama, susah senang, suka duka, senyum tawa, dan aneka rasa yang pernah menyatukan dan mendewasakan kita.
Terima kasih sahabat.
Nota :
Kami tidak memulakan bicara soal kedudukan, pangkat, jawatan dan soal anutan politik kepartian, semua itu terutama politik kepartian adalah pembunuh persahabatan.



Hilang Rasa

Alangkah payahnya menggesek rebab di telinga kerbau.

Alangkah miskinnya hidup, mata luas terbuka tetapi tidak melihat, telinga ada tetapi tidak mendengar.

Buka Minda

Catatan dari beranda, tak pasti tulisan siapa, rasanya dari Prof Hamka.

Rohani kemanusiaan telah lama kurus kering dimakan hama penyakit dada kerana tekanan 'berhala'.

Jahiliah melumuti akal.

Kebendaan memadamkan akal budi.

Kebencian melampau membunuh rasa.



Kita.

Aku dan engkau jadi kita.

Sesama kita saling bersandaran dan berhubung.
Penghubung antara kita adalah akhlak.
Apabila aku lebih menonjolkan kepentingan aku dan engkau lebih mengutamakan kepentingan engkau, akibatnya penghubung antara kita akan goyah, rosak, musnah dan berkecai.
Maka akhirnya naik siapa yang kuat, bukan lagi siapa yang benar.
Mereka yang lemah walaupun benar akan tersingkir.
Hukum kemanusiaan mati yang tumbuh subur hukum rimba.




Raikanlah.

Berbeza?

Biasalah. Yang luar biasa menyatu dalam kepelbagaian.
Masyarakat yang jahil berbeza dek kejahilan.
Masyarakat yang kononnya berilmu berbeza oleh kerana keluasan ilmu akan tetapi cetek fikiran.
Sombong

Takbur

Kagum dengan kehebatan ilmu (yg terpisah dari iman)

Ini semua mengundang permusuhan dan lebih memburukkan suasana adalah menyesatkan pihak yang tidak sealiran.

Malang!!!! Sifat berlapang dada, tolerance dan kasih sayang lebur oleh al-ghuluww.




Dosa Peribadi vs Dosa Awam

Korupsi akan mengunyah, menelan dan mengusir mereka yang tidak membuat apa-apa kesalahan.

Bangsawan dan kayangan elitis yang tamak berdiri kukuh atas nama agama atau bangsa akan terus mengeksploitasi marhaein.
Sebuah bencana halus tapi memeritkan.
Ahhh!!! tak mengapa, biarkan mereka, itu soal dosa mereka dengan Tuhan, bukan urusan kita.
Lalu kita secara perlahan-lahan mereput dan musnah.



Sesekali

Hari ni jadi tok Arab hidung kembang.

Sesekali teringat, habis sekolah rendah masuk sekolah menengah, slps hampir sebulan berjalan kaki sekolah menengah yg agak jauh maka aku menyampaikan hasrat hati kepada mek utk bersekolah Arab. Dekat rumah je. Mek tak setuju🥲🥲🥲.

Habis tingkatan 3 aku mintak nak sekolah teknik sbb nak jadi jurutera, sekadar berangan2. Ada halangan aku agak kecewa tp aku faham.
Masuk tingkatan 4 aku ditempatkan di aliran sains, aku tak minat, aku bagitau cikgu nak masuk kelas sastera, nak jadi sasterawan, masa tu novel yang popular seorang tua di kaki gunung, aku khatam lebih 10 kali.

Cikgu tak terima alasan aku🥲🥲🥲.

Masuk U peringkat Diploma belajar bidang perikanan...

Sambung degree bidang sains

Semasa kerja cuba belajar peringkat master tak dan habis...hampeh
Kemudian kerja

Belajar lagi KPLI

Jadi cikgu 😊😊😊😊

Belajar lagi bidang agama - tasawur islam, syariah dan usuludin.


Sempurna Insan

Sehari dua ini agak sibuk persiapan bagi meraikan sahabat guru yang bakal bersara. Titik akhir dalam dunia pendidikan sebagai guru, pun begitu  bagi aku tugas mendidik tidak sayugianya dinoktahkan.

Pendidikan bukan hanya perkongsian ilmu, pengetahuan dan kemahiran bahkan misi mulia pendidikan adalah pengutuhan dan penyempurnaan insan. 

Memanusiakan manusia, mengembalikan insan kepada kemurnian dan keunggulan fitrahnya sebagai sebaik-baik kejadian.

Kesempurnaan dan kebahagiaan manusia terletak kepada kesediaan dan keupayaan kita berakhlak dengan akhlak yang telah digarispandu oleh Islam melalui Rasulullah. S.A.W, dan untuk mencapai matlamat itu adalah melalui suatu proses pendidikan yang tidak pernah tamat. 

Hanya kita manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang mampu menggalas amanah pendidikan ini bukan makhluk lain.




Akrab

 al-Quran , الْقُرْآنَ

‘Qur’an, kata dasar ق ر أ yang bermaksud ‘membaca’.

Ditambah huruf Nun untuk memperbesarkan maknanya (mubalaghah). 

Oleh itu, ‘Qur’an’ bermaksud ‘yang banyak dibaca’. 

Quran itu kena selalu dibaca.

Di dalam solat

Di luar solat. 

Quran adalah panduan hidup kita sepanjang masa.  

Ada yang berpendapat bahawa makna ‘Quran’ itu diambil dari kata dasar ‘ق ر ن’ yang bermaksud ‘menyambungkan sesuatu’.

Ataupun qarana juga bermaksud sesuatu yang sentiasa bersama dengan kita walau di mana kita berada.

Al-Quran ialah firmanNya.

Melalui al-Quran kita mengenal Allah dengan metod tadabbur.

Langit dan bumi serta semua isi alam ialah ciptaanNya, melalui ciptaanNya kita mengenal Allah.

Kejadian atau fenomena ialah tindakanNya, melalui fenomena kita mengenal Allah dengan memerhati dan merenung.

Apa pun maksudnya, al-Quran mengajak kita berfikir, merenung dan mengambil pengajaran.


Contoh Teladan

Tidak ada yang lebih berkesan dalam medan dakwah selain daripada menunjukkan teladan dan akhlak yang baik.

Dakwah yang dibawa Al-Quran berasaskan ilmu dan akal.

Dakwah menyeru ke arah kesejahteraan hidup di dunia hingga akhirat

Ilmu yang hanya menyebabkan ditimpa penyakit terpedaya, meninggi diri dan memuji diri adalah ilmu yang tiada sebarang kebaikan.



Kebenaran bukanlah sekadar apa yang disampaikan tetapi juga meliputi bagaimana ia disampaikan.

Aku tidak lebih baik dari kalian.



Lumpuh

Tamadun Islam mengalami kelumpuhan dek kerana pengabaian kepada 2 tonggak kekuatan :

Kerohanian
Keintelektualan
Kekuatannya mereput dari dalam selepas umat Islam tidak lagi memusatkan pemerhatian kepada agama dan ilmu.
Mereka lebih tertarik kepada sengketa perpolitikan sehingga memakan korban yang tidak sedikit - tenaga, wang ringgit, masa, idea bahkan segalanya.

Makbul

Urusan termakbulnya doa bukanlah keutamaanku.

Tetapi yang aku sangat titik beratkan adalah keinginan untuk terus berdoa,

Kerana apabila aku diilhamkan untuk terus berdoa, sesungguhnya kemakbulan doa akan datang bersamanya.

Umar al-Khattab : Risalah Qalbu



Menunggang

Membalut ucapan bermotifkan kebatilan dengan hukum-hukum agama.

Melihat agama pada sisi yang disenangi dan tidak ambil peduli apa yang tidak disukai.

Nas-nas agama digunakan untuk menjustifikasi perbuatan hina dan berdosa dengan harapan pengikut bawahan tidak berani membuat teguran atas dasar perbuatan pemimpin mereka adalah 'suruhan' agama.



Ruang Penuh Tapi Lompang

Solat?

Alhamdulillah, sememangnya kita solat. 

Ketepikan sekejap mereka yang tidak solat. Kita bicarakan pada masa dan ketika yang lain.

Cuma dalam banyak masa dan ketikanya solat yang kita kerjakan tidak menjadi medan latihan untuk kita menghaluskan dan meningkatkan budi dan kebersihan hati. 

Agaknya kita terlalu menumpukan soal kafiat supaya diterima dan sah di sisiNya lalu mengabaikan tujuan solat itu sendiri. 

Nota tapak tangan, aku tak kata ia tidak penting!!!

Setidak-tidaknya solat itu membawa maksud mengagungkan  suruhan Allah dan memberi jaminan keselamatan kepada sesama manusia.

Bukankah solat kita bermula dengan takbir dengan maksud titah perintahNya yang  terbesar dan terbaik. 

Kemudian kita akhirkan solat kita dengan lafaz salam dengan makna kita sewajarnya bersikap rahmah dan kepada semua makhluk dengan memupuk sikap jiwa yang selalu ingin berbuat baik dan menyantuni orang lain dengan penuh kasih sayang.

Ke mana hilangnya sifat benar, amanah, tidak khianat, menjaga kehormatan diri, perasaan belas ihsan, simpati dan empati, memaafkan, bersih zahir dan batin dan pelbagai lagi sifat-sifat mulia.

Aku tidaklah lebih baik dari kalian.