Tanpa Tajuk

Semasa pembentukan ikatan kimia sama ada ikatan ionik atan ikatan kovalen...berlaku sama ada elektron didermakan atau diterima atau perkongsian elektron utk mencapai titik keseimbangan.


Begitulah jugak dalam hidup kita. Sentiasa mencari2 titik keseimbangan. 


Titik keseimbangan itu berpaksikan ketepatan, keadilan dan saksama 


Tapi realtitinya utk mencapai paksi2 tersebut adalah teramat mencabar, sukar kadang2 sesat....Hihihi


Contoh...

1. Apabila kita ingin menghormati, memuliakan, beradab dgn guru, dlm byk hal kita hilang keseimbangan lalu menjadi taksub kpd guru. Sehingga Kita memuja mereka dan bersedia menjadi wira membenteng mereka/guru drpd kritikan yg hakikatnya kritikan itu diperlukan oleh setiap manusia.


2. Apabila kita mahu berfikiran kritis, memuliakan dan mengamalkan keberanian dalam memberi pendapat... Kita juga kehilangan titik keseimbangan sehingga kita menjadi biadap, celupar mulut melabelkan lawan Kita dgn pelbagai gelar.


Lalu.....



entah apa2 tapi detik yang bahagia...
Di Kebun Tamar Madinah 14 Julai 2019

14 Julai 2019 - Terimakasih isteriku


Buya Hamka : Dakwah itu mengubati bukan melukai

 Kata Buya Hamka



Jika Subuhnya senantiasa dipelihara, itu tanda akan selamat dari neraka.


Jika Subuhnya tiada dia tinggal, itu tanda Allah melindunginya dari segala arah.


Jika Subuhnya didahului dengan Sunat, itu tanda pasti seluruh dunia beserta isinya, dia dapat.


Jika Subuhnya bergelap-gelap menuju Musholla, itu tanda dikegelapan akhirat ia dapatkan cahaya.


Jika Subuhnya hingga awal Dhuha (Isyroq) berwirid pula, itu tanda mendapat pahala Umrah dan Haji sempurna.


Jika Subuhnya tiada dijaga, maka itu tanda pada wajahnya tiada cahaya.


□ Jika Subuhnya sengaja terlupa, itu tanda Imannya tiada bernyawa.


□ Jika Subuhnya terasa berat, itu tanda munafiq sudah mendekat.


□ Jika Subuhnya tiada peduli, itu tanda Iman menghampiri mati.


□ Jika Subuhnya tiada berjama’ah, itu tanda hidupnya akan hilang barokah.


□ Jika Subuhnya tiada ke Masjid, itu tanda Imannya ada penyakit.


□ Jika Subuhnya selalu terlewat, itu tanda imannya semakin cacat.


□ Jika Subuhnya diakhir waktu, itu tanda Iman semakin kelabu.


□ Jika Subuhnya hari sudah siang, itu tanda rezekinya sudah hilang.


□ Jika di waktu Subuh masih mendengkur, itu tanda ada syaitan memeluknya dalam tidur.


Di Bumi Darul Makmur

Bermula selepas SPM 1987 aku mula berkelana. Berkelana ilmu. UPM

Julai, 1997 aku jejaki Negeri Pahang, Daerah Jengka, selepas aku menolak untuk melapor diri di Bumi Kenyalang yang sepatutnya bulan Mei aku seharusnya berada di sana. Tawaran aku tolak kerana salah opyen. Di Sarawak aku ditempatkan sebagai Guru Pendidikan Islam, sedangkan aku opsyen Sains. Nanti tak pasal-pasal aku ajar ajaran sesat....giler....hihihihi.

Sekitar 5.30 pagi, isnin, Bas Jengka Ekspres dari Kota Bharu sampai di Jengka. Sunyi amat bandarnya. Stesen bas pun terlihat usang dengan tandas tak terjaga. Huh...

Seperti hentian bas di tempat lain, sebaik turun dari bas aku disapa oleh pemandu teksi. Aku hanya membalas dengan sedikit senyuman tawar. Hambar. 

Seusai solat subuh, di hentian bas Jengka aku termenung, masih kabur di manakah destinasi Lepar Utara, walaupun di dalam bas sempat bertanya khabar rakan sebelah yang menuju ke Ulu Jempol. 

Aku berkira-berkira untuk mengambil bas ke Lepar Utara selepas aku maklum tambang teksi adalah RM50.00 selepas diskaun. Mahalnya, mungkin awal pagi agaknya getus hati. 

Cikgu, tambangnya sama ada tengah hari atau pagi sama sahaja, maklum abang teksi. Aiik..tau pulak dia ya bisikan hati aku, 'membela' ke apa ke??? Huhuhuhu. Sangka buruk betul aku ni...sian abang teksi, orang Jengka 1.

Tak pe lah abang saya ambil bas je. 
Tertera pada notis kaunter bas, jam 11.00 baru ada perjalanan ke Lepar Utara. Allah! sekarang jam 6.00 pagi

Macam mana ni..Kalau aku ambil teksi, rabak poket, baki wang dalam poket tak berapa tebal. Gaji pertama paling awal 3 bulan. Aku berkira-kira. 

Dalam masa aku ligat berfikir, abang teksi mencelah 'hampir 2 jam juga masa perjalanan ke situ kalau cikgu naik bas', memujuk agaknya.

Baiklah...Jom...

Melayang RM 50.00
 
Bersambung....Jeng2
14 Julai 2019 di Madinah



Bermula semula

Kegagalan dulu satu pergajaran, ia sebagai satu titik untuk mula kembali. Buat semula. Kembali bermula dengan tekad dan azam baru. Perbaiki ruang kelemahan. Ikhtiar dan fikir jalan yang terbaik. Mulakan dengan niat yang teguh , tidak rapuh. Belajar dari sejarah kegagalan. Susuli dengan tawakal. 

Kegagalan satu ilmu. Dalam usaha kita merealisasikan hasrat dan tekad, cita-cita yang menggunung, kita akan berdepan dengan pelbagai rintangan, kekecewaan, kegagalan, ujian yang tidak di sangka-sangka yang tidak henti-henti. Belajarlah.

Those who cannot learn from history are doomed to repeat it. 

Sejarah bukan seni bernostalgia, tetapi sejarah adalah ibrah, yang boleh kita tarik ke masa sekarang untuk mempersiapkan masa depan yang lebih baik

Belajar dari kegagalan  masa lalu di hari ini untuk masa depan yang lebih baik



14 Julai 2019 - di kebun kurma Madinah


Bangun

 Imam al-Ghazali pernah menukilkan 

"Untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, kita harus bersabar dengan sesuatu yang kita benci"

Nak berjaya dalam peperiksaan kita kena struggle, study, join group perbincangan bukan group membawang...hihihi tapi kalau tak suka, tak sabar dengan itu semua, macam mana nak capai yang diinginkan..

Whatever has be fallen you was not meant to escape you and whatever has escaped me was not meant befall you 

 


6 Ogos 2020

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. – 
 Al Baqarah: 155



UJIAN & ZIKIR

A041

Wahai orang-orang beriman,ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan dengan sebanyak-banyaknya. (al-Ahzab 41)

Daripada Abu Said al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi S.A.W. bersabda : " Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya". (HR Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, dan Ahmad)

Jika kita tidak mampu membersihkan hati dengan zikir serta amal soleh, Allah S.W.T datangkan ujian dan mehnah. 
Detik-detik awal di Madinah seusai solat isyak di Masjid Nabi 13 Julai 2019



 
 

Cinta

Detik paling bahagia

Gambar Ihsan : https://tadabburdaily.wordpress.com/

Jatuh cinta? eh eh eh tak la...bangun cinta la...cinta itu membangunkan tapi bermusim ..huhuhuhu.

Hati berbolak balik...sekali begini, sesekali begitu kadang-kadang begitu begini, dalam banyak hal macam-macam. 

Ya Allah apa yang perlu aku lakukan...mmmmm 

Hati sendiri pun tak mampu dikawal...Ya Allah betapa lemahnya aku. Bantulah kami Ya Allah






Redha

Redha

Redha adalah jalan yang paling singkat dan dekat dengan Allah., walau bagaimana pun ia adalah jalan yang berat, sukar dan getir.

A008

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.


Dengan hasrat yang menggunung tinggi, jiwa yang murni, terima apa yang berlaku, pada masa yang sama betulkan apa yang boleh diperbaiki. Akur dengan kelemahan diri.

Belajar untuk redha dengan takdir-Nya, rasa bahagia pasti tiba.

Luangkan sedikit masa untuk berfikir kerana di situ sumber kekuatan

Luangkan waktu mu untuk membaca kerana membaca pintu kebijaksanaan

Luangkan masa mu untuk riadah, kerana ia membawa muda ceria

Luangkan masa mu untuk diam kerana diam itu permata

Luangkan masa mu untuk peduli kerana peduli adalah kesempatan membantu sesama

Luangkan masa mu untuk mencintai dan dicintai kerana cinta adalah anugerah Allah

Luangkan sedikit waktumu untuk senyum ketawa keran senyum ketawa terapi jiwa

Luangkan masa mu untuk santun kerana santun adalah jalan menuju bahagia

Luangkan masa mu untuk berimaginasi kerana dengan imaginasi mencipta bahagia


Taaruf

A013

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Memaknai taaruf dalam diri bagi merealisasikan persahabatan yang bebas dari sangkaan buruk menjadi harapan yang besar dalam kehidupan. Perkongsian yang selari dan memperolehi maafaat bersama dan sama  antara dua pihak mengisi maksud taaruf.  

Taaruf bernilai universal, sejagat dan menegaskan bahawa tiada sistem "kasta" dalam masyarakat Islam. Ia juga mengingatkan bahawa kita sebagai hamba Allah yang sedaya upaya mungkin meraih taqwa. Taqwa tidak dapat diperolehi atau diraih melalui nasab, keturunan, bangsa tetapi melalui amal soleh.

 ‎أخرج مسلم وابن ماجه عن أبي هريرة رضي اللَّه عنه قال
 قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: إن اللَّه لا ينظر إلى صوركم وأموالكم،
 ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

Imam Muslim dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

Al-Quran memperkenalkan konsep yang luar biasa, kepelbagaain dan perbezaan adalah untuk kita saling mengenali. Dengan mengenali dan memahami kepelbagaain serta perbezaan antara sesama manusia kita dapat belajar membina ketamadunan dan peradaban. Selisih faham sering berlaku kerana kita belum betul-betul mengenali dan memahami kepelbagaian antara satu sama lain.

Bahasa berbeza,  senyuman menyatukan kami

Hanya bahasa senyum
Menyantuni hanya dengan senyuman

Ruang sempit, saling berkongsi tempat

Rakan setaman Ustaz Mat Sabuddin



Ziarah Ukhwah 2

Selepas setahun 
Bersama  'mek dan ayah' rakan semaktab 


 Jamrah

Di Jamrah : Bersama isteri tercinta

Bergambar kenangan sebelum melontar

Salam, Silaturrahin dan solat malam - 3S

Berkata Abdullah Bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Wahai manusia engkau tebarkanlah salam, hubungilah silaturrahim,kerjakanlah solat malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat (HR Tirmizi)

Alhamdulillah, mengambil kesempatan menziarahi rakan semaktab 'mek dan ayah: semasa mengerjakan haji, di Kg Permatang Rambai Pasir Puteh Kelantan.

Ada momen yang sangat 'mengikat' kami. Ada chemistry budak-budak alaf millenium kata.

Dalam banyak-banyak detik bersama sepanjang musim haji, pengalaman semasa melontar di Jamrah sangat terasa dan menjadi bahan cerita ayah apabila kembali bersua selepas setahun.


Bersihkan hati kita dengan memaafkan dan bersangka baik dengan sesiapa pun jua.


Sungguh, hati kita dipandang Allah, bukan rupa parasmu apatah lagi  penampilan kita. 


Dalam usaha untuk memupuk rasa kehambaan kepada Allah, jiwa kena kental dengan ujian yang rencam dan pelbagai. seluruh jiwa raga semestinya menerima segala mehnah yang terkadang amat memeritkan.


Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan janganlah Engkau Ya Allah akhirkan hidup kami dengan su'ul khatimah

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3670-al-kafi-1359-apakah-tanda-tanda-kematian-yang-baik-husnul-khatimah


Ziarah Ukhwah 1

"Sebenarnya orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

al-Hujurat, 10.

2001 - 2020, alhamdulillah selepas 20 tahun kembali bersua, banyak cerita hendak dibicara. Mencermati kalam Hassan Al-Banna rahimullah, "Terikatnya (bersatunya) hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan simpulan akidah adalah simpulan yang paling kukuh dan teguh dan paling mahal harganya. Ukhwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman kekufuran. Kekuatan utama adalah persatuan, dan tiada kesatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah saling berlapang dada, sementara cinta tertinggi adalah itsar (mendahulukan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri). 

Berkata Ibnu Miskaweih, "Itsar adalah keutamaan jiwa yang dengannya ia menahan diri dari sebahagian hajatnya hingga ia memberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Ia adalah puncak persaudaraan (ukhwah).

* Taaruf - mengenali zahir/fizikal, jiwa/batin dan sifat
* Ta'aluff - kesatuan hati
* Tafahum - saling memahami
* Tanashuh - saling menasihati
* Ta'awun - bantu membantu
* Takaful - merasa senasib
* Itsar - mendahulukan orang lain

Hargai orang lain siapapun jua, jangan pernah menyimpan dendam kepada sesiapa pun. Isi hatimu dan hari-harimu dengan kebaikan. 

Seperti matahari, tidak pernah memilih kepada siapa harus diberikan sinar, maka mari kita teladani, fahami perbezaan dan belajar menghargai sesiapa sahaja

Forgive every one for the sake of ukhuwah


Refleksi Kendiri Dari Ulama Salafi

Celalah dirimu sendiri

Berkata Al-Fudail Bin 'Iyadh rahimahullah

# Kita melakukan yang buruk tetapi bersangka kita buat  yang baik..

# Kita jahil tetapi  kita fikir kita berilmu

# Kita bakhil tetapi kita berasa kita sangat pemurah

# Ajal kita semakin mendekat tetapi angan-angan kita masih panjang