Terima kasih.


Alhamdulillah. Masih ada yang peduli tentang kita.
Terima kasih kawan-kawan atas khidmat bantu, moga kita terus saling bersama menjayakan agenda kita.

Jom kita sedikit amati pesan ini, saya lupa di mana saya baca,

Ada iblis dalam serban
Ada syaitan dalam jubah
Ada riak dalam ketayap sang lebai
Ada angkuh dalam kata-kata kiai.

۞ أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَـٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Ingat pesan ini wahai diri...

Kita diperintahkan dua perkara, iaitu mengerjakan kebaikan dan  memerintahkan orang lain berbuat kebaikan. Dan kita juga dilarang dari perkara, melakukan kemungkaran dan meninggalkan nahi munkar. 

Sesuatu yang tidak dapat dicapai seluruhnya, maka jangan tinggalkan semuanya. Seseorang yang tidak mampu khusyuk dalam solat atau tidak mampu mengerjakan solat secara berjamaah, maka ia tidak boleh meninggalkan solat sama sekali.


Hilang Santun

Bismillah, lafaz yang sering diulang sebut. Secara sedar atau tidak, ia mengajar kita sifat rahmat dan belas kasihan adalah keutamaan daripada Tuhan dan sesama manusia.

Namum realiti sebenar agak tersasar, - caci maki, sumpah seranah, fitnah, kata-kata nista atas nama agama terus segar mekar dan pelbagai tingkah buruk mendominasi pentas hidup.

Dosa itu sememangnya tidak kelihatan rupa luaran, kesan buruk pada fizikal juga tidak berbekas.

Akan tetapi dosa ini hakikatnya berat, bahkan sangat berat. Ia memberatkan jiwa dan roh.

Ia memberatkan untuk kita berbuat taat.

Culas dan liat mengerjakan solat. Hilang rasa khusyuk.

Semakin banyak dosa ditambah saban hari, akhirnya merebak dan merosakkan jiwa.

Hati pun mati. Hilang peduli pada diri sendiri.



Life is a cycle.

 

Jangan pernah lelah untuk terus bersabar. Apa pun yang kita alami dan hadapi hari ini, jangan berhenti, jangan pernah merasa kalah.

Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita

Kita tidak perlu mengeluh di saat kita diuji

Telah kita rentasi pelbagai lorong,  denai serta liku-liku dalam hidup ini.  Toleh ke belakang seketika, terlalu banyak pengalaman yang telah kita nikmati dan lalui. Pelbagai rasa.

Saat berpaling ke sisi kita dapat saksikan siapa yang sentiasa bersama kita, di ketika susah dan senang. Kita juga memerhati siapa yang pergi di saat kita memerlukan

Ujian datang untuk membasuh dosa-dosa kita.

Hidup kita ini punya arah tuju dan matlamat.

Jalani hidup  ini dengan sebaiknya, berbuat baik  dan ambil peduli sesama kita, teguhkan cinta kepada Pencipta.

Hujung perjalanan hidup kita adalah meninggalkan dunia, maka sebelum kita berangkat pergi, persiapkan diri.

Simpanlah kesan-kesan baik kepada semua orang meskipun bukan semua orang  baik dengan kita.

Kita pun bukan baik sangat.


SEDAR DAN FIKIR

Tidak semua yang kita suka itu baik untuk kita. Begitu juga tidak semua yang kita benci itu buruk untuk kita.

Seperti itulah sepatutnya kita fikirkan dalam kehidupan kita ini. Kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha, selebihnya adalah ketentuan dan takdir Allah adalah yang terbaik buat kita. Moga-moga dengan keyakinan sebegini pandangan kita tentang kehidupan menjadi lapang dan luas. Tenang dan tenteram

Cuma dalam mengisi makna kehidupan yang lebih bererti, kita memerlukan istiqamah, lakukan secara terus menerus. 

Berusaha, berikhtiar, berdoa, belajar untuk terus bersyukur, diiringi dengan tawakkal.

Usah mengalah jika disindir. Usah lemah jika disakiti, jika tidak sia-sialah usaha kita. Yakinlah dengan perancanganNya yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang dan harapkan. Malam pasti berganti siang. 

Maha Suci Tuhan yang menjadikan kesederhanaan dalam beragama pada 'dua jangan', iaitu 'jangan melangkau batas dan jangan cenderung kepada orang yang zalim'. 

Teguhkan jati diri dengan solat dan sabar. Fasobrun jamil. Ini semua asbab turunnya pertolongan Allah kepada kita.

Paling penting untuk kita sedari ialah apabila Tuhan memerintahkan kita melakukan sesuatu, maka sudah terang lagi bersuluh ia adalah baik untuk kita berkesempatan meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Betapa hanya mereka yang berjalan di atas jalan kebenaran akan beroleh kejayaan, cuma sedikit masa diperlukan untuk terus bertahan seteguh karang di lautan, biarpun ujian sepahit jadam.



Harapan & Pengalaman

Memulakan hari baharu, tidak keterlaluan jika aku menyatakan bahawa kita sering mengharapkan perjalanan hidup kita berjalan lancar dan sempurna sebagaimana yang dirancang. 

Kita seharusnya tabah menerima kegagalan dan kekecewaan akan tetapi jangan pernah kehilangan harapan. Di mana ada harapan,  impian bakal menjadi kenyataan. Berharap untuk impian kita menjadi kenyataan sahaja tidak memadai,  berusaha dan bertindaklah sebaik mungkin. Perkara yang hebat hampir tidak pernah berlaku secara tiba-tiba, ia terhasil dari beberapa siri tindakan kecil yang penuh sinergi

Dalam banyak masa dan ketika, harapan kadang-kadang menjadi realiti sejajar dengan impian. Di ketika yang lain harapan dan impian tersasar jauh. Di saat tersebut, berhenti seketika, tekan butang 'pause'. Tenangkan diri, bangkit kembali. Atur strategi. 

Bagaimana pun irama hidup kita, sama ada apa yang kita harapkan menjadi kenyataan atau sebaliknya, tentunya ia menjadi ilmu dan  pengalaman yang sangat bermakna bagi kelangsungan hidup kita seterusnya, seperti pesan yang pernah aku dengar dan kekal tersemat di dada, 'every day begins with expectations and ends with experiences'.




Terima Kasih Isteriku.


Hidup memiliki banyak tujuan dan mencapai tujuan bersamamu adalah yang terbaik. Untuk masa-masa yang bakal mendatang aku berharap kita selalu tetap bahagia, tetap saling peduli dan saling mencintai.

Biarlah Allah jualah yang memberkati hidup kita dengan cinta, kebahagiaan, dan momen-momen indah sepanjang kita bersama. 

Seiring bertambahnya usia, maka semakin banyak hal yang berubah. Semakin banyak pula tanggung jawab yang harus kita sempurnakan. Ada satu hal yang tetap sama iaitu jatuh cinta padamu setiap hari.

Buya Hamka pernah berkata:

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.”

13 September 1998 -
13 September 2923 

Selamat ulang tahun pernikahan untuk kita. Terima kasih isteriku.


 

Perbaiki Kelemahan Diri

Pada pengamatan peribadi aku, sifat kuat dan gigih berusaha, tekun bekerja menyempurnakan kewajipan diri sama ada menyangkut soal dunia atau akhirat pada bangsa seperti aku masih pada tahap 'begitu-begitu' sahaja. 

Rata-rata masih suka berharap kepada orang lain, lebih-lebih lagi orang yang ada gelar, YB, Dato, Tan Sri, Ulama' dan lain-lain.

Akan tetapi jika soal faedah atau yang menguntungkan kita selalu berharap menjadi milik kita sepenuhnya. 

belum ada idea....adoiii


Bekerja

Kehidupan kita di dunia yang fana ini adalah untuk bekerja. Beramal. Berbuat ketaatan sedaya mungkin. 

Kehidupan adalah perjuangan.

Perjuangan menyempurnakan maksud kita diciptakan oleh Allah.

Tekun, tetap istiqomah dan sabar dalam menjalankan tuntutanNya dan meninggalkan laranganNya.

Gerakkan upaya dan ikhtiar seboleh mungkin, tangan ditadah mohon ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan. Minimakan kebergantungan kepada sesama makhluk jika tidak mampu menolak sepenuhnya.



Sari patinya, apa jua kerja dan tanggungjawab kita, lakukan sendiri, kerja dengan cara paling baik, usah dipertanggungjawabkan kerja-kerja kita kepada orang lain. Buku catatan amal kita, kita yang olah, kita yang tentukan. 


Husnozzon - Mencari Kekuatan

Kadang-kadang rapuh juga hati, rasa, jiwa dan seluruh raga berdepan dengan situasi yang tidak terduga. Ia datang datang bertamu tanpa undangan. 

Raikan sahaja. Moga ada bersamanya rahmat dan berkat dari Tuhan.

Sesungguhnya kesulitan yang kita hadapi dan alami adalah untuk keteguhan hati, memadam salah silap dan dosa, meruntuhkan ego diri.

Kesulitan menghancur leburkan kesombongan yang tertanam dalam diri.
Kesukaran membuahkan semangat untuk kembali rasa bertuhan.
Dari kecil tidak pernah terpisah, esok lusa Laut Cina Selatan bakal memisahkan. Bermula di MMP, KB seterusnya di IPGKDRI, KT di tempat yang sama.



Sesungguhnya orang beriman bersangka baik kepada Tuhannya sehingga dia pun membaiki amalan. Adapun orang munafik berprasangka buruk kepada Tuhannya sehingga memperburukkan amalannya.

Hassan Basri RA.

Sesukar mana pun saat hidup sekarang, seboleh mungkin menyalahkan ketentuanNya, elak sama sekali menjatuhkan hukum yang bukan-bukan terhadap takdirNya. Hentikan sangka buruk kepada ketetapan Dia, Pencipta kita.

Pasti di sana ada ruang-ruang kebaikan untuk kita.

Pasti di celah-celah kesulitan itu ada kemudahan berganda untuk kita.

Allah SWT telah menjelaskan kepada kita semua,  bahawasanya dalam setiap kesulitan ada kelapangan, Al-quran Surah al-insyirah ayat 5, dan diulang tegas ayat ke 6
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
bahawa sesungguhnya tiap-tiap sesudah kesukaran disertai kemudahan.

Tugas kita, jalani hidup ini sebagai hambanya dengan taat, takdir dan ketetapan Allah yang tentukan. 

Usaha,  ikhtiar sedaya mungkin agar ujian dan mehnah ini berakhir. Titik penghujungnya pasti kita temui pelbagai ibrah, pelajaran dan hikmah untuk kita syukuri. 

Bersangka baik bukan satu pilihan bahkan satu keputusan yang tepat agar kita lebih tenang mendepani cabaran bakal mendatang lagi dan lagi. 

Jangan bersedih. 


لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

"La tahzan innallaha ma'ana


Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.